Kamera dashcam rakam kelibat hantu tengah lebuh raya [VIDEO]

Church melihat satu lembaga menyerupai hantu berada di tepi lebuh raya antara Phoenix dan Payson pada 11 Mac lalu. – WillChurchandErikaLake/Fox10

PHOENIX, Arizona – Kamera papan pemuka (dashcam) sebuah lori merakam imej lembaga didakwa hantu sedang terapung di sebuah lebuh raya negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita MailOnline semalam.

Ketika kejadian, William Church sedang memandu lorinya menyusuri Lebuh Raya Beeline yang juga dikenali sebagai Laluan Negeri 87 pada 11 Mac lalu apabila dia melihat satu lembaga menyeramkan berjalan di tepi lebuh raya itu sekitar pukul 2.30 pagi (waktu tempatan).

Dia memandu lori berkenaan berseorangan ketika melalui lebuh raya tanpa tiang lampu antara bandar Phoenix dan Payson serta menyedari lembaga tersebut hanya berdiri di tepi laluan berkenaan.



“Anda boleh melihat garisan (lebuh raya) menembusi kaki lembaga itu,” kata Church.

Berdasarkan klip video berdurasi enam saat itu, ia memaparkan satu lembaga misteri seolah-olah muncul dari udara nipis tetapi kemudian menghilang dari lebuh raya tersebut.

“Saya rasa ia bukan cahaya silau. Ia berpusat di satu tempat. Amat menyeramkan!”  komen seorang pengguna di laman YouTube. – Agensi

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sultan Johor cukup murka dengan Kerajaan pimpinan Mahathir

Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah



Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker