Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendedahkan dirinya pernah berhadapan detik cemas hampir dirogol seorang lelaki di premis perniagaannya di Australia pada 17 Januari lalu.

Menerusi satu perkongsian video di Facebook, dia yang lebih dikenali sebagai Sajat berkata, pengalaman diekori dan hampir dirogol lelaki berketurunan Arab itu meninggalkan kesan mendalam terhadap kesihatan mentalnya.

Katanya, kejadian berlaku apabila lelaki tersebut memasuki premis perniagaannya dan menguncikan pintu utama kedai tersebut selepas keluar pelanggan terakhir Sajat.



“Benda ini jadi dalam bilik dalam kedai Sajat, dia menyelinap masuk dan kunci kedai. Dia ugut kata dalam kedai tiada televisyen litar tertutup (CCTV) tapi Sajat tetap melawan kata tak boleh buat macam ini.

“Dia tak puas hati tampar dan terkam leher Sajat, dia raba kemudian sudah buka baju dan seluar waktu itu,”katanya.

Bagaimanapun, Sajat mengambil tindakan untuk tidak melawan kerana akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk kepada kedainya dan perasaan takut berdepan dengan lelaki yang berbadan sasa itu.

“Tinggi dia sekitar 6.2 kaki (190 meter).Sajat dah tolak permintaan dia tapi sebab dia mula kasar jadi Sajat buat pilihan untuk tipu dia untuk keluar daripada kedai, jadi Sajat ajak dia untuk balik ke rumah.



Tanpa mengulas lebih lanjut, Sajat memberitahu lelaki tersebut sudah ditahan oleh pihak berkuasa Australia dan turut menerima pampasan kejadian tersebut sebanyak 15,000 AUD.

“Ia dah jadi kes polis. Jadi sekarang ni saya dapat pertolongan daripada agensi yang memberi bantuan terapi untuk kesihatan mental serta gangguan seksual kerana jantina saya perempuan.

“Selama ni Sajat diamkan diri sebab alami depresi hingga tidak buka kedai, benda ini jadi dengan pantas, mungkin juga ada salah Sajat,” katanya

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sultan Johor cukup murka dengan Kerajaan pimpinan Mahathir



Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker