Ini panduan qada’ dan bayaran fidyah puasa

MENJELANG Ramadan yang bakal tiba sekitar penghujung bulan Mac, pasti ramai di antara kita yang sudah tidak sabar untuk berpuasa pada tahun ini.

Seperti yang kita tahu, menunaikan ibadah puasa merupakan Rukun Islam yang ketiga. Justeru itu, sebagai seorang yang dilahirkan sebagai muslim, hendaklah kita berpuasa sepanjang bulan Ramadan melainkan ada masalah kesihatan atau asbab yang dibenarkan.

Menurut Mufti Wilayah, berikut merupakan golongan yang dibenarkan tidak berpuasa pada bulan Ramadan.

  • Wanita yang datang haid atau nifas
  • Wanita hamil atau menyusukan bayi
  • Orang yang sakit sama ada mempunyai harapan untuk sembuh atau tidak
  • Orang yang menjalani prosedur pembedahan
  • Musafir

Merujuk kepada ayat 184 dalam Surah Al-Baqarah,

“Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.

“Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”

Merujuk kepada Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) ada cara kiraan bayaran fidyah mengikut jumlah hari puasa yang ditinggalkan.

Sebelum itu, perlu diingatkan bahawa bayaran fidyah berbeza mengikut tahun dan negeri. Rujuk kepada Majlis Agama Negeri masing-masing untuk mengetahui kadar bayaran fidyah pada tahun ini.

KADAR bayaran fidyah mengikut negeri. – JAKIM

Situasi 1

Pada Ramadan tahun 2022 yang lepas, anda meninggalkan puasa sebanyak tujuh hari. Justeru itu, formula kiraan fidyah ialah [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah] iaitu 7 hari X RM4.00 = RM28.00.

Situasi 2

Anda belum menggantikan puasa yang ditinggalkan pada tahun 2020 dan 2021. Tetapi, tahun 2022 juga anda meninggalkan puasa dan sepertinya tidak sempat untuk menggantikan puasa sebelum Ramadan 2023 tiba.

Jadi kiraan bayaran fidyah adalah seperti [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan iaitu 7 hari x RM4.00 x 3 Tahun = RM84.00.

Situasi 3

Sekiranya ibu bapa telah meninggal dunia, anda sebagai waris boleh membayarkan fidyah bagi pihak mereka. Sebagai contoh, ibu kepada Ismail meninggal dunia pada 13 Ramadan.

Jadi, fidyah beliau dikira seperti [Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut] iaitu 13 hari X RM4.00 = RM52.00.

Atau, anda boleh layari pautan https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah untuk pengiraan fidyah yang lebih tepat

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker