UMNO tak akan menang walau satu kerusi di Kelantan – Fadhli

UMNO tak akan menang walau satu kerusi di Kelantan – Fadhli

PAS mempersoalkan janji parti tertentu untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, sebaliknya meramalkan parti terbabit tidak akan memenangi sebarang kerusi di Kelantan dan beberapa negeri lagi pada PRN.



“Ada pihak berjanji untuk selesaikan masalah air di Kelantan jika diberi mandat dalam PRN nanti.

“Lupakah beliau bahawa Menteri Air (Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) bukan dari partinya, Perdana Menteri pun bukan dari partinya, Menteri yang jaga kantung negara juga bukan daripada partinya.

“Bagaimana nak buat keputusan perolehan yang besar jika semuanya itu bukan daripada partinya?,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Pada masa sama, Ahmad Fadhli turut mempersoalkan adakah menteri tertentu menggunakan kuasa untuk bagi pengecualian.



“Adalah diramalkan, Insya-Allah partinya itu tidak mendapat satu kerusi pun di Kelantan, Kedah, Terengganu, Selangor dan Pulau Pinang,” katanya.

Sebelum ini, UMNO merayu kepada pengundi di Kelantan supaya memberi peluang kepada parti itu untuk tempoh lima tahun pada PRN nanti bagi menyelesaikan masalah bekalan air negeri itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata masalah air di Kelantan adalah janji UMNO yang akan diselesaikan sekiranya diberi peluang oleh rakyat. BH

UMNO tak akan menang walau satu kerusi di Kelantan – Fadhli



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]



Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker