Afiq Muiz sudah tiga kali lafazkan cerai – Pachara

Afiq Muiz sudah tiga kali lafazkan cerai – Pachara

Isteri kepada pelakon Afiq Muiz iaitu Pachara Apin mendedahkan suaminya itu pernah melafazkan cerai sebanyak tiga kali sejak 2020 tetapi enggan melaporkan kepada jabatan agama Islam.

Pachara atau nama Islamnya Nur Aaira Mahdeya, 32, ketika dihubungi turut menafikan segala tuduhan Afiq yang mendakwa dia berlaku curang dan ‘kaki mabuk.

“Tuduhan yang mengatakan saya curang dan ‘kaki minum’ adalah tidak masuk akal. Malah, sepanjang tiga tahun hidup bersama, dia kongkong hidup saya dengan teruk. Dia ikut ke mana saja saya pergi.

“Kalau diikutkan sebelum berkahwin pun dia sudah mula kongkong seperti ikut saya ke lokasi penggambaran semata-mata nak tunjukkan saya adalah miliknya. Jadi, saya ingin tegaskan di sini saya tidak pernah curang, sebaliknya dia yang curang dan ‘terkantoi’ sehingga memukul saya pada 14 Mei 2021.

“Selain itu, dia pernah melafaz cerai sebanyak tiga kali sejak 2020. Dalam agama, talak sudah jatuh tapi dia tidak melaporkan kepada jabatan agama kerana malas. Jadi, untuk setiap pertuduhan yang dibuat itu dia sebenarnya sedang bercakap depan cermin sebab dia yang curang dan mengamuk apabila terkantoi.” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Pachara, sebagai wanita mualaf dia selama ini berpura-pura tidak tahu mengenai tanggungjawab yang perlu dibuat oleh suami termasuk sengaja tidah faham haknya sebagai isteri dalam hal ehwal kebajikan sama ada hak untuk disediakan tempat tinggal, makan minum, pakaian mahu pun wang untuk keperluan asas rumah.

“Selama ini saya hanya pura-pura tak faham mengenai hak saya sebagai isteri. Sebab itu saya bekerja untuk bayar makan, minum dan tempat tinggal mahu pun menyediakan duit elaun untuk dia dan memberikan nafkah selama bekerja di Singapura.

“Saya buat semua ini sebab nak jaga air mukanya dan tak mahu dia berasa malu kerana tidak mampu menyara saya. Saya hanya membuka mulut sekarang supaya saya dapat memberi kesedaran kepada wanita lain yang membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki yang pandai berpura-pura baik pada awalnya.

“Tapi ini balasan yang saya dapat sehingga menjadi mangsa penderaan teruk. Saya pernah beberapa kali membuat laporan polis, tapi saya bodoh kerana menarik laporan itu kerana fikir dia akan berubah.

“Malah, polis yang menjaga laporan saya itu pun kesal dengan tindakan saya. Saya ingin meminta maaf atas tindakan menarik laporan ke atas keganasan rumah tangga yang terjadi kepada saya. Jadi, dengan segala macam tuduhan yang dibuat saya tidak boleh berdiam diri lagi,” katanya.

Dalam masa sama, Pachara berharap segala konflik yang berlaku membabitkan hal rumah tangganya akan berakhir secepat mungkin.

“Saya sudah penat dan tak mampu menanggung lagi. Saya nekad untuk bercerai dan jodoh kami sampai sudah tamat sejak dua tahun lalu lagi.

“Saya ingin mulakan kehidupan baharu dan minta dijauhkan daripada Afiq. Itu saja permintaan saya. ” katanya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Afil bagi mendapatkan reaksinya mengenai dakwaan Pachara ini tidak berjaya apabila dia tidak membalas mesej WhatsApp dan DM yang dihantar. HM

Afiq Muiz sudah tiga kali lafazkan cerai – Pachara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Korek hidung batal puasa?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker