Menu Rahmah idea tak masuk akal yang meletup

Menu Rahmah idea tak masuk akal yang meletup

APABILA Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub mengumumkan cadangan Menu Rahmah untuk golongan miskin tegar pada 27 Januari lalu, ramai yang pandang negatif kononnya idea itu tidak masuk akal.

Manakan tidak, dalam peniaga makanan bergelut masalah kenaikan harga barangan mentah, mana mungkin ada yang sanggup menjual set hidangan makan tengah hari lengkap minuman dengan hanya RM5.

Maka, ada suara-suara yang menyifatkan inisiatif Kerajaan Madani itu sebagai angan-angan kosong. Tidak kurang memperlekehkan dan menjadikannya sebagai lawak di media sosial.



Bagaimanapun, pasar raya Mydin membuktikan ia tidak mustahil dilaksanakan apabila menjadi antara pengusaha awal melaksanakan Menu Rahmah dengan menjual set makan tengah hari berharga RM4.90.

Malah, Mydin turut membukanya kepada semua kerana menurut mereka, sukar untuk menentukan B40, M40 dan T20 yang layak untuk membeli.

Langkah pasar raya besar itu membuka jalan memperkembangkan idea Menu Rahmah itu kepada pengusaha lain dari kedai makan kecil sehinggalah kepada restoran ternama termasuk yang menyediakan makanan segera.

Tak sampai dua bulan, Salahuddin memaklumkan, lebih 1,500 premis perniagaan seluruh negara sudah mendaftar untuk bersama-sama kerajaan menjayakan inisiatif Menu Rahmah.



Walaupun tanpa mengeluarkan kos memberi insentif kepada pengusaha yang menjayakannya, kerajaan memainkan peranan membantu mempromosikan restoran yang terlibat dengan usaha menangani kos sara hidup rakyat Malaysia.

Bahkan, pengusaha-pengusaha restoran sendiri mengakui Menu Rahmah ibarat pelaris, memberi hikmah kepada mereka kerana semakin ramai pelanggan datang ke kedai.

Walaupun ada restoran yang menyediakan Menu Rahmah kurang mendapat sambutan, namun ia bukan bermakna inisiatif itu gagal.

Mungkin ada faktor lain perlu diambil kira pengusaha misalnya lokasi premis kurang strategik atau dikelilingi rumah orang berduit.



Dengan kejayaan Menu Rahmah ini, tidak keterlaluan dikatakan ia merupakan idea yang tidak masuk akal tetapi akhirnya berjaya.

Mungkin selepas ini menteri-menteri boleh memikirkan banyak lagi idea-idea di luar kotak untuk kepentingan rakyat Malaysia. Sinar

Nota: Idea ini sebenarnya pernah dimulakan oleh Datuk Seri Najib dengan memperkenalkan Menu 1Malaysia dan kemudian oleh Datuk Seri Ismail Sabri dengan Menu Keluarga Malaysia.

Menu Rahmah idea tak masuk akal yang meletup

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker