Uqasha lapor polis difitnah kaki buli di sekolah
Uqasha lapor polis difitnah kaki buli di sekolah
Difitnah sebagai kaki buli pada zaman persekolahan, pelakon Uqasha Senrose nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang disifatkan sengaja mencipta sensasi ketika dirinya sedang teruji.
Kata Uqasha, penyebaran dakwaan palsu yang tular menerusi Twitter tersebut telah pun diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Satu laporan polis dsudah dibuat dan dia juga melantik peguam bagi menguruskan kes berkenaan.
“Berani kerana benar, saya tak takut sikit pun. Saya ambil tindakan undang-undang kerana impak akibat fitnah itu membuatkan ramai tak kenal saya, tapi percaya saya kaki buli.
“Orang yang sokong dia pun bukan main lagi menambah-nambah (tuduhan), jadi batu api. Anda hanya dengar daripada sebelah pihak sahaja.
“Hanya dengan sekeping gambar dia tuduh macam-macam. Saya pun hairan bagaimana dia boleh fitnah sebegitu. Tak mengapa, sekolah serta guru yang pernah mengajar saya masih ada di situ.
“Cuma saya ajukan perkara ini ke pihak berkuasa sebagai penegasan saya bukan pembuli. Lagi pun saya banyak berpindah sekolah ketika tingkatan lima dulu,” katanya menerusi siaran langsung di Tiktok, malam tadi.
Isteri kepada Kamal Adli kesal apabila individu tersebut sengaja menangguk di air keruh ketika dia dan suami sedang berhadapan dugaan besar.
Pada masa sama, aktres berusia 30 tahun itu turut mencabar penyebar terbabit mengemukakan segala bukti yang boleh mengaitkan dirinya dengan tuduhan dilemparkan.
“Ini bukan benda kecil sampai saya terpaksa baca benda tak betul dan trending di Twitter. Kalau betul kenapa sekarang baru nak cerita?
“Kak Yongnya saya, kuatnya saya sampai boleh buat awak jadi trauma. Awak tuduh saya kaki buli, talam dua muka sampai buat orang lain nak bunuh diri.
“Apa niat awak? Sampai trending buruknya nama saya orang cakap saya kaki buli. Kenapa sekarang baru nak cerita?” luahnya lagi.
Bagaimanapun, Uqasha menegaskan serangan buli siber tidak menggoyahkan semangat untuk kuat demi suami tercinta yang kini dalam proses penyembuhan.
Malah akuinya, kesihatan mental diri sendiri turut menjadi keutamaan apatah lagi mereka baharu melalui trauma insiden Kamal dipukul individu tidak dikenali.
“Awak tak berjaya buat saya lemah, sebaliknya awak buat saya lebih bersemangat. Awak kacau mental saya, jadi siapa buli siapa sekarang?
“Kalian yang turut komen macam-macam di Twitter juga seolah-olah sudah kenal lama dengan saya dan sebenarnya anda semua sedang buli siber terhadap saya,” katanya.
Semalam, trending dalam Twitter berkenaan dakwaan seorang wanita yang memaklumkan pernah bersekolah dengan Uqasha 15 tahun lalu kononnya menjadi mangsa buli pelakon itu. K Online
Uqasha lapor polis difitnah kaki buli di sekolah
Baca Artikel Menarik:
- Datuk Roy akan ditahan semula lepas bebas dengan jaminan SPRM
- Johari tuntut siasatan susulan Wee ‘ditekan’ atas kenyataan di Parlimen
- Laporan polis terhadap Faizal Azumu dibuat
- Menu Rahmah idea tak masuk akal yang meletup
- Zahid boleh diguling melalui undi tak percaya – Noh
- Kamera dashcam rakam kelibat hantu tengah lebuh raya [VIDEO]
- UMNO tak akan menang walau satu kerusi di Kelantan – Fadhli
- Dulu kaki patah sebelah, sekarang patah lagi satu – Zahid
- Bersatu buat laporan polis terhadap PM, TPM
- Pekerja bunuh majikan guna gergaji rantai
- All England, juara dunia bungkus awal
- Deepak guna nama PMO ugut ahli parlimen
- SPRM tahan empat individu seleweng sukuk lebih setengah billion ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET