Prosiding kes gangguan seksual Ebit Lew diteruskan hari ini

Prosiding kes gangguan seksual Ebit Lew diteruskan hari ini

TENOM: Prosiding kes perbicaraan gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew bersambung hari ini di Mahkamah Majistret Tenom.

Berlangsung sehingga 22 Disember, perbicaraan pada 27 hingga 30 September lalu setakat ini sudah menampilkan tiga saksi termasuklah pendakwah bebas, Firdaus Wong pada hari ketiga dan keempat prosiding.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong dalam kenyataannya pada perbicaraan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa dirinya menerima gambar serta beberapa tangkap layar berunsur lucah dikaitkan dengan seorang pengadu wanita selepas dikongsikan saksi pendakwaan pertama, Mohd Fairuz Abu atau Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

Firdaus Wong, 39, berkata semua gambar dan tangkap layar berkenaan diberikan kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Terdahulu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun tahun lalu.

Ebit dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret, Nur Asyraf Zolhani sebelum ini mengenakan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan terhadap Ebit yang tidak mengaku salah atas 11 pertuduhan berkenaan.

Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat pada 7 Ogos 2021. BH

Prosiding kes gangguan seksual Ebit Lew diteruskan hari ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN

Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker