Negeri mundur, tapi beli Mercedes dan naik elaun wakil rakyat

Ibrahim Ali berkata sekalipun Kelantan mendapat royalti minyak, belum tentu ia digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat.

Negeri mundur, tapi beli Mercedes dan naik elaun wakil rakyat

Presiden Putra Ibrahim Ali membidas PAS dengan menyifatkannya tidak kreatif dalam membangunkan Kelantan yang dikurniakan pelbagai hasil bumi dan budaya.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, Kelantan dikurniakan hasil bumi seperti galian dan kayu-kayan ditambah tanah subur selain modal insan mahir serta rajin, persekitaran dan kebudayaan yang boleh diteroka.

“Tetapi negeri mundur. Ada duit, pandai beli Mercedes dan naik elaun wakil rakyat.

“Jika dapat royalti minyak pun, belum tentu akan diguna sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat,” katanya berucap merasmikan persidangan Putra Pasir Mas.

Pada persidangan itu, Ibrahim turut mengumumkan dirinya sebagai ketua Putra Pasir Mas yang membolehkannya kembali berkhidmat di kawasan pernah diwakilinya ketika bersama Umno pada 1992 hingga 2003. FMT

Negeri mundur, tapi beli Mercedes dan naik elaun wakil rakyat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia

Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?

Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker