Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Trauma belum habis

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelakon Uqasha Senrose kesal apabila ada pihak mendakwanya ‘pembuli’ ketika zaman persekolahan.

Menerusi ciapan Twitter, Uqasha terkejut dan trauma dengan dakwaan diberikan, lebih lagi ketika kes insiden suaminya, Kamal Adli dipukul masih belum selesai.

“Allahuakbar, Masya-Allah, Subhanallah. Selepas apa yang terjadi kepada saya dan suami, ada pula memfitnah saya sebagai pembuli.

“Dengan satu gambar saya sudah dicop sebagai pembuli. Siapa tengah buli mental siapa? Dan gambar itu siapa yang ceria?

“Dalam keadaan begini, lebih baik saya fokus dengan suami dan diri. Saya masih dalam keadaan terkejut dan trauma apabila difitnah sebagai pembuli,” tulisnya.

Terdahulu, seorang individu di Twitter mendakwa dibuli pelakon drama Setia Hujung Nyawa dan Rindu Awak Separuh Nyawa itu ketika zaman sekolah menengah sehingga terpaksa berpindah sekolah.

Enggan terus difitnah, Uqasha tampil membalas ciapan individu berkenaan dan menyatakan hasratnya untuk berjumpa, selain menyerahkan segala maklumat untuk polis membuat siasatan.

“Kepada anda yang sudah menabur fitnah, saya akan berjumpa anda. Jangan risau segala maklumat mengenai peribadi anda polis akan jalankan siasatan.

“Allah Maha Besar. Anda boleh sekat saya dalam media sosial, tetapi segala bukti perbualan kami dah dapat. Dunia ini kecil,” katanya.

Terdahulu, Kamal diserang oleh individu yang tidak dikenali ketika sesi bertemu peminat di Expo Singapura.

Dalam kejadian itu, Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan cota besi.

Kamal kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan menjalani pembedahan. BH

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia

Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?

Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker