Suami dan isteri mengandung maut dalam kemalangan

 

 

Lokasi kemalangan membabitkan pasangan suami isteri yang menunggang motosikal di KM18.4J arah Gelang Patah pada Khamis.

ISKANDAR PUTERI – Sepasang suami isteri termasuk bayi dalam kandungan, maut setelah motosikal yang dinaiki terbabas di Kilometer (KM) 18.4J (arah Gelang Patah), pada awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kemalangan dipercayai berlaku akibat penunggang motosikal hilang kawalan sebelum terbabas ke pembahagi jalan.

Menurutnya, kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain di lokasi.

“Penunggang motosikal berkenaan berusia 36 tahun manakala isterinya 30 tahun dan bayi dalam kandungan berusia enam bulan setengah.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian muka, badan, tangan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Rahmat berkata, mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HAS) bagi tujuan bedah siasat dan mengenal pasti punca sebenar kematian.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia

Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?

Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker