Koleksi terbaru Ariani sempena Aidilfitri

Ariani tampil koleksi hijab, busana Layar Raya 2023

Koleksi terbaru Ariani sempena Aidilfitri

Jenama fesyen tudung, Ariani melancarkan koleksi Ariani Layar Raya 2023, iaitu rekaan hijab dan busana yang lebih segar dengan paduan warna menarik untuk digayakan, pada Aidilfitri ini.

Meletakkan keselesaan dan eksklusif sebagai elemen utama dalam penghasilan tudung, Ariani mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya cukup menawan.

Pengarah Pemasarannya, Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip, berkata sebanyak 101 rekaan hijab terbaharu diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab.

Katanya, berpaksikan identiti jenama itu koleksi selendang dan hijab pada harga berpatutan seiring dengan kualiti tudung dijual di butik fizikal dan secara dalam talian yang disasarkan pelbagai peringkat usia,” katanya pada Pertunjukan Fesyen Ariani Layar Raya 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Ariani sedia dipakai (RTW) pula menampilkan 109 koleksi lebaran merangkumi kurung moden polos, kurung bercorak moden, kaftan dan jubah.

Rekaan seni cetakan dalam nuansa pastel dan ‘vibrant’ menyerlahkan lagi imej wanita bagi meraikan Aidilfitri.

“Ariani RTW mahukan wanita merasai pengalaman perayaan yang istimewa dengan memperkenalkan harga mampu milik dan berbaloi dengan rekaan minimal serta elegan.

“Setiap koleksi didatangkan dengan saiz bermula XXS sehingga 6XL.

“Tahun ini, kita memperkenalkan rekaan sedondon untuk ibu bergaya dengan si cilik nanti,” katanya.

Pamer koleksi mewah

Farah Aryani berkata, untuk kali pertama pihaknya melancarkan subbrand baharu khas kepada lelaki, iaitu Aryan.

Disediakan untuk kanak-kanak dan orang dewasa, koleksi itu pilihan tepat untuk kelainan bergaya pada lebaran ini.

“Koleksi Aryan amat rapat dengan perwatakan lelaki yang sukakan imej ringkas dan selesa,” katanya.

Syarikat itu juga mencipta sejarah membuka House of Ariani (HOA) pada 10 Mac lalu.

Bangunan empat tingkat berkeluasan 37,100 meter persegi menempatkan semua koleksinya di bawah satu bumbung termasuk tudung dan butik pakaian Muslimah terbesar di Malaysia.

Katanya, pertunjukan fesyen kali ini diadakan lebih meriah selepas lebih empat tahun tidak dapat dijalankan akibat pandemik COVID-19.

Pertunjukan fesyen kali ini dimulakan dengan persembahan lebih 30 koleksi hijab merangkumi tudung polos dan tudung bercorak voile embroidery, embroidery plain, jacquard twill, koleksi popsicle, shawl bersulam dan tudung sarung.

Semua koleksi direka aneka warna, selesa dan praktikal dengan sentuhan motif unsur alam, bunga-bungaan dan cetakan abstrak.

“Rekaan dari Ariani Luxe iaitu rangkaian koleksi hijab premium direka oleh pereka berkemahiran dengan sentuhan artisan, berbentuk pola dengan perincian renda dan Swarovski eksklusif sekali gus mampu membangkitkan pesona serta personaliti wanita dalam berfesyen.

Turut diperagakan koleksi Aryan seperti baju Melayu sedondon, sebelum kemuncak majlis dari The Premium Series by Ariani RTW dengan rekaan mewah menggunakan material berkualiti tinggi dan dilengkapi aksesori bertatahkan Swarovski.

Turut menampilkan duta terbaharu Ariani, pelakon Datin Lisa Surihani dan Bella Dally yang sudah selama sembilan tahun dengan jenama itu, selain pengacara Uyaina Arshad sejak tiga tahun lalu.

Selain itu, bagi memeriahkan majlis dihadiri lebih 800 orang, turut ditampilkan persembahan petikan gitar profesional daripada Man Kidal bersama penyanyi Amir Masdi, penyanyi Erni Zakri dan Syamel. BH

Koleksi terbaru Ariani sempena Aidilfitri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia

Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?

Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker