Pegawai polis meninggal dunia ketika perlawanan bola sepak

 

SIBU – Ketua Cawangan Khas IPD Sibu, Deputi Superintendan Gregory Emilio meninggal dunia selepas rebah ketika perlawanan bola sepak di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim, Sibu Jaya, kira-kira 10.15 pagi tadi, empat hari sebelum Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-216.

Mendiang Gregory, 52, tiba-tiba rebah di padang bola sepak pusat sukan itu ketika perlawanan bola sepak persahabatan antara cawangan PDRM yang diadakan sempena sambutan Hari Polis tersebut.



Beliau kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Sibu Jaya dan diberikan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia pada 10.56 pagi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili menerusi kenyataan mengesahkan kejadian itu.

“Mendiang meninggalkan seorang isteri dan empat anak berusia antara 17 hingga 27 tahun. Seluruh warga IPD Sibu mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang,” katanya.

Zulkipli berkata, Gregory memegang jawatan Ketua Cawangan Khas IPD Sibu sejak 2021 dan telah berkhidmat dengan pasukan polis selama 28 tahun.



Jasad mendiang dirujuk ke Hospital Sibu untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia

Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?



Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker