Kerajaan perkukuh elemen ESG – Ismail

Kerajaan perkukuh elemen ESG – Ismail

Kerajaan akan memperkukuhkan pendekatan berteraskan elemen Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam aspek ekonomi sejajar dengan agenda kelestarian dan pertumbuhan hijau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya negara berhasrat untuk meningkatkan akses ke pasaran antarabangsa khususnya Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU), produk yang dieksport perlu mematuhi piawaian ESG yang ditetapkan.

“Malaysia akan ketinggalan sekiranya mengambil sikap sambil lewa dan bertangguh dalam usaha ke arah penerapan elemen ESG ini.

“Oleh itu, marilah kita semua bersama-sama untuk maju ke hadapan sebagai sebuah Keluarga Malaysia dalam usaha merancakkan ekonomi supaya negara kita Malaysia bangkit dengan lebih gemilang lagi,” katanya dalam ucapan sempena Anugerah Kecemerlangan Industri 2020 di sini malam ini.

Tambah Ismail Sabri, bagi terus memastikan kemampanan ekonomi negara, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang baru dilancarkan telah dijajarkan dengan inisiatif pemerkasaan ekonomi, kemampanan alam sekitar serta kerekayasaan sosial demi memastikan pembangunan sosioekonomi yang inklusif. Utusan

Kerajaan perkukuh elemen ESG – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker