Pakar nasihat KKM, kontak rapat masih perlu kuarantin

Kontak rapat kes Covid-19 masih perlu menjalani kuarantin, kata pakar kesihatan, susulan cadangan Putrajaya untuk mengecualikan orang ramai daripada syarat berkenaan.

Bekas Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata ia masih terlalu awal untuk mengesyorkannya sebagai protokol kepada orang ramai kerana ia bergantung sama ada varian Omicron kurang teruk seperti yang difikirkan sekarang.

Walaupun lebih cepat menular, Omicron dianggap sebagai varian yang kurang memberi kesan teruk.



Lee berkata ia akan mengambil sedikit masa sebelum “gambaran jelas” dapat dilihat.

“Sekiranya kadar penyakit serius, kemasukan ke hospital dan kematian akibat Omicron adalah kecil, jadi tidak sesuai untuk melaksanakan langkah pencegahan yang begitu ketat.

“Kita perlu seimbangkan antara penjagaan kesihatan dan kos langkah pencegahan,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bahawa kerajaan mungkin membenarkan peraturan untuk petugas kesihatan kesihatan itu diguna pakai kepada orang ramai.



Baru-baru ini, satu pekeliling dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa petugas kesihatan tanpa gejala yang merupakan kontak rapat pesakit Covid-19 tidak perlu lagi dikuarantin, sebaliknya perlu menjalani ujian pada hari-hari tertentu.

Sementara itu, pakar virologi Universiti Sains Malaysia (USM) Kumitaa Theva Das berkata ia berisiko untuk mengguna pakai protokol sama kepada orang awam walaupun ia boleh dilaksanakan menerusi penilaian risiko dan sistem pemantauan yang betul.

Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) yang berbeza mungkin boleh digunakan orang ramai dalam kes berbeza, contohnya bagi mereka yang boleh bekerja di rumah dan melakukan pengasingan kendiri.

Katanya, jenis vaksin yang diterima dan sama ada telah menerima dos penggalak atau tidak juga akan memberi perbezaan.



“Kita juga perlu jujur dan bertanggungjawab mengenai ujian yang kerap dan keputusan ujian,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker