Speaker ‘back up’ Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata tiada keperluan untuk menyiasat dakwaan Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong yang didesak membetulkan kenyataan dibuat di Parlimen berhubung isu pengimportan telur dari India.

Beliau berkata, ini kerana setiap percakapan Ahli Parlimen ketika di dalam dewan adalah dilindungi bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Tidak payah siasat, tengok Perlembagaan. Ahli Parlimen apa juga yang dia bercakap asalkan tidak bercanggah dengan Akta Hasutan dan juga tidak menghina Raja-Raja, dia boleh cakap apa juga.

“Tidak ada mana-mana undang-undang yang boleh dikenakan terhadap Ahli Parlimen yang cakap dalam Parlimen. Kalau dia bercakap di luar Parlimen, lain cerita,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen.

Johari diminta mengulas gesaan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Johari Abdul Ghani yang mahu beliau melakukan siasatan terhadap dakwaan Wee.

Semalam, Wee memberitahu Dewan Rakyat beliau dihubungi seorang individu yang menuntut penarikan balik kenyataan dibuatnya di Parlimen mengenai pengimportan telur dari India.

Terdahulu, Johari melancarkan buku Localizing SDGs & Local Issues (Ten Parliamentary Constituencies in Malaysia) terbitan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia bagi menggalakkan usaha penumpuan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia

Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?

Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker