Lelaki ‘bertanduk’ meninggal dunia pada usia 140 tahun

Ali mempunyai tanduk yang dikatakan mula tumbuh selepas dia berusia 100 tahun. – CEN

SANA’A, YEMEN –  Seorang lelaki  Yemen yang sebelum ini menjadi perhatian ramai kerana mempunyai ketumbuhan seperti tanduk pada  sisi dahinya, meninggal dunia pada usia dipercayai  140 tahun, lapor akhbar The Sun semalam.

Ali Anter yang dipercayai lelaki paling tua di Yemen digelar ‘lelaki bertanduk dua’ selepas mempunyai dua tanduk yang tumbuh pada kedua-dua sisi dahinya  selepas dia berusia 100 tahun.

Ketika salah satu daripadanya semakin besar, ia mula melengkung menyerupai tanduk kambing, manakala ketika dia meninggal dunia, tanduk tersebut dikatakan tumbuh sehingga ke paras mulutnya.

Menurut laporan, Ali meninggal dunia tiga hari selepas satu rakaman video menunjukkan seorang individu tidak terlatih cuba memotong tanduk tersebut menggunakan alat yang panas.



Seorang ahli keluarga memaklumkan bahawa lelaki itu meninggal dunia disebabkan kesihatan fizikal dan mentalnya merosot akibat sakit tua.

Namun, ada dalam kalangan saudaranya mendakwa bahawa Ali sebenarnya meninggal dunia disebabkan prosedur pemotongan ketumbuhan itu yang telah mempercepatkan kematiannya.

Media tempatan melaporkan Ali berada dalam keadaan sihat dan mempunyai ingatan yang baik sehingga sekitar 2017 apabila keadaannya mula merosot.

Ketumbuhan yang muncul pada dahi Ali berkemungkinan merupakan sejenis tumor kulit yang terhasil daripada keratin, iaitu protein sama yang membentuk rambut dan kuku.



Ia timbul daripada lebihan kulit yang teruk serta sering berlaku dalam kalangan pesakit lebih berusia dan individu berkulit cerah. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia

Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?



Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker