Pakai kostum ‘Spiderman’ belajar mengaji, kanak2 comel siap berkopiah lagi!

Pelbagai cara dilakukan oleh ibu bapa dan juga guru-guru untuk menarik anak kecil belajar dan memahami apa yang disampaikan.

Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial sejak semalam, seorang pendakwah yang dikenali sebagai Ustaz Herman Sudil telah memuat naik beberapa gambar anaknya yang sedang belajar mengaji daripada guru mengajinya.

Ustaz & Ayah okey saja

Apa yang menarik adalah anak tersayang telah memakai kostum Spiderman siap memakai kopiah namun tetap tekun belajar mengaji daripada gurunya.

Sedang MC tapi tetap gigil belajar mengaji

Ustaz Herman memaklumkan bahawa pada hari tersebut anaknya terpaksa MC kerana mengalami kesakitan di kaki, namun dia meminta agar anaknya belajar mengaji dirumah dan dia pun bersetuju.

Macam2 fesyen dan ragam, takpe asal mahu mengaji

Sehubungan dengan perkongsian tular tersebut, rata-rata warganet terhibur melihat telatah comel kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Aiman.

Walau bagaimanapun, mereka tetap memuji Aiman yang masih mahu belajar mengaji walaupun sedang MC. Kostum yang dipakainya itu terlihat comel dan mereka turut mendoakan agar Aiman terang hati mempelajari kalam Allah itu.

Spiderman dah kembali ke pangkal jalan

 

Sumber: Herman Sudil,  OhMyMedia 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker