Konsert Blackpink punca rumput Stadium Gelora Bung Karno rosak

 

Peminat memenuhi GBK bagi menyaksikan konsert Blackpink di Jakarta pada 12 Mac lalu. – AFP

JAKARTA – Pengerusi jawatankuasa penganjuran tempatan Piala Dunia U-20 FIFA 2023, Erick Thohir mengesahkan bahawa  tiada lagi acara akan dianjurkan di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK) di Senayan, Jakarta selepas konsert Blankpink berlangsung di lokasi tersebut hujung minggu lalu.

Laman berita Tempo melaporkan arahan itu dikeluarkan bagi mempersiapkan stadium tersebut menjelang kejohanan bola sepak remaja antarabangsa itu.

“Ini merupakan waktu kritikal kerana GBK adalah padang bersaiz mega di Indonesia yang amat penting untuk Piala Dunia tersebut.



“Acara pembukaan acara sukan itu dan beberapa acara berkaitan akan diadakan di sini (GBK). Jadi, saya perlu menegaskan di sini bahawa tiada lagi sebarang acara boleh dianjurkan di GBK sama ada  sukan atau seni,” ujarnya.

Sebelum ini, dua konsert diadakan di GBK iaitu konsert penyanyi Indonesia, Raisa pada 25 Februari lalu dan konsert Blackpink pada 11 dan 12 Mac 2023.

Isnin lalu, Erick memeriksa keadaan stadium tersebut dan mendapati tiada masalah serius yang berlaku melainkan kualiti rumput perlu ditambah baik selepas digunakan dalam dua konsert besar itu.

Piala Dunia U-20 FIFA 2023 dijadual berlangsung pada 20 Mei hingga 11 Jun depan dengan Indonesia merupakan tuan rumah bagi acara dwitahunan itu. – Agensi



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia



Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?

Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker