Anggota bomba cedera digigit beruang

Anggota bomba cedera digigit beruang

YAN: Seorang anggota Bomba Bantuan (PBB) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan cedera pada pergelangan tangan kiri selepas diterkam seekor beruang di kawasan sawah di Kampung Selengkoh Tengah, di sini hari ini.

Ketua BBP Yan, Penolong Penguasa Bomba Norhamidi Ali, berkata Mohd Nizam Hamid, 27, kini dirawat di Hospital Yan akibat kecederaan serius.



Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kehadiran seekor beruang di kawasan itu pada jam 10.15 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

“Beruang itu dipercayai datang dari kawasan semak kampung berhampiran.

“Operasi turut dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Yan serta penduduk kampung yang mengejar beruang itu dan cuba menangkapnya.

“Ketika dalam proses menangkap haiwan itu, Mohd Nizam dipercayai terjatuh dan ketika itu beruang hitam itu menerkam serta menggigitnya sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Norhamidi berkata, setakat ini keadaan Mohd Nizam stabil dan sudah menjalani rawatan x-ray di HY.

Katanya, pihaknya sedang menunggu laporan daripada doktor berhubung kecederaan yang dialaminya dan berkemungkinan dia akan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

“Ketika ini operasi masih berjalan untuk mengesan beruang yang dipercayai masih berada di situ,” katanya. BH

Anggota bomba cedera digigit beruang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali



Zalim kalau tak hargainya – Shuib

Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker