Populariti Mierul Aiman memdadak

Populariti Mierul Aiman memdadak

Berada di ambang populariti, pelakon meningkat naik Mierul Aiman mengakui tidak menyangka watak Fakhri dalam drama Projek: High Council (PHC) memberi impak besar terhadap perjalanan kariernya hari ini.

Menurut Mierul atau nama penuhnya Muhammad Amirul Aiman Norazman, 25, dia menerima ribuan mesej daripada para peminat dalam media sosial namun tidak sesekali berasa perkara itu sebagai satu bentuk gangguan terhadap kehidupan sehariannya.

“Memang sangat terkejut apabila dihujani dengan banyak mesej termasuk video dan gambar tetapi semua itu sebagai tanda penghargaan daripada peminat terhadap hasil kerja saya dalam PHC.

“Mungkin bagi segelintir individu merasakan semua ini agak keterlaluan (sambutan peminat) tetapi sebenarnya itu sahaja medium mereka untuk menunjukkan tanda sokongan terhadap pelakon yang diminati,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis tayangan episod akhir PHC di sini semalam.

Dalam pada itu, juara Hero Remaja 2021 itu memberitahu tidak pernah menerima sebarang mesej berbaur gangguan aneh atau mengganggu ketenteraman diri setakat ini.

“Buat masa ini saya tak terima lagi mesej mesej pelik daripada peminat

“Namun, saya pernah berjalan seorang diri memakai pelitup muka dan topi kemudian saya ditahan oleh sebuah kereta

“Rupa-rupanya mereka adalah peminat yang ingin menyapa dan bertanya ini Fakhri bukan?” jelasnya yang kini popular menerusi drama Imam Instant Ustazah Scammer.

Dia juga menegaskan tiada istilah rimas terhadap semua perhatian mendadak yang diterimanya ketika ini.

“Bagi saya semua ini satu perjalanan yang indah.

“Bila lagi nak rasa macam ini? Saya anggap ini sebagai satu harga yang perlu dibayar apabila bergelar pelakon.

“Mengenai untuk kekal popular, saya letakkan sepenuhnya usaha dan selebihnya adalah urusan Allah SWT,” jelas Mierul yang juga terkenal dengan bentuk rahang tajam dimilikinya.

Sekadar info, watak Fakhri lakonannya dalam PHC meraih jutaan pujian daripada para penonton meskipun usianya sebagai pelakon baru setahun jagung. K Online

Populariti Mierul Aiman memdadak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker