Mabuk punya hal, pengantin terlupa majlis perkahwinan sendiri

Seorang lelaki di India terpaksa berputih mata apabila gagal melangsungkan perkahwinan selepas tidak hadir ke majlisnya sendiri gara-gara mabuk, lapor laman berita India Times kelmarin.

Dalam kejadian di negeri Bihar pada Isnin minggu lepas, pengantin lelaki tersebut dikatakan mabuk teruk pada malam menjelang majlis perkahwinannya.

Ia membuatkan dia tidak sedarkan diri pada hari perkahwinannya tanpa diketahui sesiapa dan hanya benar-benar tersedar lewat Selasa lepas.

Lebih malang, pengantin perempuan enggan mengahwininya dan mahu membatalkan perkahwinan mereka kerana berang dimalukan lelaki berkenaan.

Menurut pengantin perempuan, dia enggan berkahwin dengan lelaki yang tidak memahami erti tanggungjawab.

Disebabkan telah banyak berhabis duit untuk majlis perkahwinan itu, keluarga pengantin perempuan meminta ganti rugi daripada pengantin lelaki dan keluarganya.

Situasi menjadi lebih tegang apabila keluarga pengantin perempuan menjadikan sebilangan keluarga pengantin lelaki sebagai tahanan bagi meminta wang ganti rugi.

Insiden itu bagaimanapun selesai selepas polis tiba dengan laporan menyebut bahawa kedua-dua keluarga telah mencapai penyelesaian yang dipersetujui bersama tanpa mendedahkan penyelesaian tersebut. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker