Elak ulang 3 kerajaan sepenggal, RUU anti-lompat parti perlu lulus – Wan Junaidi

Elak ulang 3 kerajaan sepenggal, RUU anti-lompat parti perlu lulus – Wan Junaidi

Rang undang-undang (RUU) melarang ahli Dewan Rakyat bertukar parti perlu diluluskan bagi mengelak berulang semula pembentukan kerajaan persekutuan sehingga tiga kali dalam satu penggal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata keadaan itu menjejaskan kestabilan politik negara.

Katanya, tujuan kerajaan mengadakan RUU itu juga adalah bagi menangani kemelut pertukaran kerajaan akibat wakil rakyat yang bertukar parti atas tujuan politik dan peribadi.

“Tujuan kita supaya mengelakkan jangan berlaku (lagi) kerajaan (persekutuan) bertukar sampai tiga kali (dalam) satu penggal.

“Ini menjejaskan kestabilan dan dalam masa yang sama, kerajaan berdepan masalah ekonomi, penyakit (Covid-19) dan pelbagai lagi serta masalah orang ramai kesan (pasca) Covid-19 tetapi masa itu juga, (ada sesetengah) pihak gila berpolitik,” katanya menurut Bernama.

Wan Junaidi berkata, menjelang pembentangan RUU itu beliau akan mengadakan sesi libat urus pada 25 Jul membabitkan Ahli Parlimen kerajaan dan 26 Jul bagi Ahli Parlimen pembangkang.

Beliau berkata, pindaan undang-undang itu adalah langkah terbaik oleh kerajaan dalam mengelak negara berdepan krisis politik.

“Tidak sekali-kali (rang undang-undang ini dibuat) untuk menghalang orang mengamalkan demokrasi dalam Parlimen itu sendiri, (antara) tujuannya adalah mencerminkan kepada rakyat Ahli-ahli Parlimen itu tidak berbuat sesuka hati sahaja dan (mereka) mesti ada prinsip.

“(Selain itu) yang penting sekali adalah hasrat rakyat untuk melantik seseorang itu untuk kekal mewakili kepentingan rakyat dan negara, itu sahaja dan dengan adanya undang-undang ini, kita berharap perkara itu (ketidakstabilan politik) tidak berlaku,” katanya.

Beliau turut merujuk beberapa negara yang mempunyai peruntukan undang-undang dalam menangani isu lompat parti termasuk United Kingdom, India, Singapura dan New Zealand.

Beliau berkata, pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu mendapat sokongan dua pertiga Ahli Parlimen.

Pada 14 Jul, Wan Junaidi memaklumkan Kabinet telah meluluskan draf Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Beliau berkata, pembentangan dan perbahasan RUU itu akan diteruskan dalam sesi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14 mengikut garis masa seperti dirancang.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan RUU itu pada Rabu di Dewan Rakyat. FMT

Elak ulang 3 kerajaan sepenggal, RUU anti-lompat parti perlu lulus – Wan Junaidi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker