Keputusan pemilihan isyarat Umno sedia berubah – penganalisis

Kepimpinan Umno baharu mencerminkan sentimen di peringkat bahagian parti

Keputusan pemilihan isyarat Umno sedia berubah – penganalisis

Seorang penganalisis berkata, kepelbagaian dalam barisan pemenang pada pemilihan Umno menunjukkan parti itu bersedia untuk berubah.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, berkata ahli Umno telah menyampaikan mesej melalui undian yang menekankan peremajaan parti.

“Ahli Umno telah membuat keputusan mereka, bukan tidak suka atau tidak menghormati presiden, tetapi mereka fikir parti itu perlu kepelbagaian dalam usaha peremajaan semula.

“Itulah sebabnya kami melihat gabungan tiga kumpulan memenangi pilihan raya – pro-presiden, anti-presiden dan neutral,” katanya kepada FMT, tanpa menamakan sesiapa dalam kategori itu.

Semalam, keputusan rasmi menyaksikan Wan Rosdy Wan Ismail, Khaled Nordin dan Johari Ghani memenangi tiga jawatan naib presiden, menewaskan lima calon lain, manakala Tengku Zafrul Aziz, Isham Jalil dan Lokman Noor Adam menyertai senarai 25 yang dipilih sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihannya, Shahrir Samad ketika mengumumkan nama tiga naib presiden pada sidang media, juga menyatakan bahawa 54 ketua bahagian daripada 187 yang dipilih adalah muka baharu, yang mencerminkan “perubahan dinamik yang berlaku dalam Umno”.

Azmi berpendapat barisan kepimpinan baharu itu memberi isyarat baik kepada bukan ahli Umno bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

“Ini bermakna Umno sanggup berubah, sanggup memilih kepimpinan baharu, dan bersedia untuk menghirup udara segar. Seperti yang saya lihat, ia bagus untuk Umno,” katanya.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata barisan baharu itu membayangkan sentimen bahagian Umno.

Mengenai Johari yang memenangi jawatan kepimpinan parti pertamanya, Oh berkata: “ia menunjukkan keinginan dalam Umno untuk pemimpin teknokratik dan bukan kontroversi sepertinya.”

Johari mendapat tempat ketiga dengan 110 undi perwakilan, manakala Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman berada di belakangnya di tempat keempat.

“Dia (Azalina) boleh menjejaskan peluangnya dengan gaya percakapannya yang keras dan berterus terang yang mungkin tidak dapat diterima oleh sebahagian Umno,” kata Oh. FMT

Keputusan pemilihan isyarat Umno sedia berubah – penganalisis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker