Bos Mercedes F1 ada hasrat bida saham Manchester United

Bos Mercedes AMG Petronas, Toto Wolff mendedahkan beliau ada bercakap dengan Sir Jim Ratcliffe mengenai hasrat untuk menyertai bidaan bagi membeli pegangan saham di Manchester United.

Ratcliffe telah membuat tawaran untuk membeli 25 peratus daripada saham kelab daripada keluarga Glazer.

Pengasas petrokimia gergasi Ineos itu memiliki satu pertiga saham daripada Mercedes F1 dengan Wolff dan Mercedes memiliki saham yang sama.



“Ratcliffe telah berkongsi trajektori dengan saya. Saya sangat menghormati nilainya dan kami mempercayai antara satu sama lain,” kata Wolff.

Bagaimanapun, beliau menambah dalam temu bual dengan Sky Sports menjelang GP Brazil minggu ini bahawa sebarang pelaburan ketika ini agak jauh lagi.

Kumpulan Ineos milik Ratcliffe menyasarkan untuk mendapatkan 25% kepentingan dalam United tetapi perjanjian itu masih perlu diselesaikan. Ratcliffe mahu mengambil alih kawalan bahagian operasi bola sepak United.

Wolff pula memperoleh kekayaannya dengan melabur dalam syarikat internet dan teknologi sebelum beralih ke dalam bidang sukan permotoran.



Pertamanya beliau terlibat dengan HWA Jerman yang mempunyai hubungan dengan Mercedes dan pasukan Williams F1 sebelum mengambil alih teraju Mercedes F1 pada 2013.

Prinsipal Mercedes kelahiran Austria berusia 51 tahun itu mengakui tidak pernah menyasarkan pelaburan untuk memenangi trofi bola sepak tetapi beliau suka daya saing Liga Perdana Inggeris.

“Ratcliffe dan Manchester United adalah kisah cinta kerana beliau dilahirkan di sana. Hubungan peribadi kami kuat disebabkan Ola Kallenius (Ketua Eksekutif Mercedes-Benz), mereka memanggil kami Three Amigos kerana kami hidup dalam dunia yang tidak masuk akal.

“Jika kami rasa saya boleh menyumbang, maka saya akan mempertimbangkan untuk menyertai Ratcliffe di Manchester United



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker