[VIDEO] Gara Gara Salah Share Location.. Rombongan Pengantin Lelaki Nyaris Nikahi Wanita Lain… Siap Dah Duduk Lagi

Gara-gara tersilap menggunakan navigasi Share Location dalam Google Maps, seorang pengantin lelaki bersama rombongan tersilap hadir di rumah pengantin wanita lain hingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan mereka.

Menerusi laporan Tribunnews, pengantin wanita dikenali sebagai Ulfa, 27, berkata, pada awalnya dia tidak menyedari ketibaan pengantin lelaki dan rombongan terbabit kerana sedang bersolek.

“Keluarga juga tidak kenal sangat ahli keluarga pengantin lelaki. Tetapi keluarga mengalu-alukan kehadiran mereka dan acara pertukaran hantaran juga sudah diadakan.

“Bagaimanapun, salah seorang daripada rombongan itu secara tiba-tiba menyedari mereka tersilap rumah pengantin lalu bergegas keluar. Mereka dikatakan tersilap mengikut Google Maps dan memohon maaf,” katanya.

Menurut Ulfa, tunang dan rombongannya belum tiba kerana berhenti mencari tandas.

“Saya terkejut dan bingung kerana tidak mengenali sesiapa daripada ahli rombongan berkenaan. Saudara ada bertanyakan kepada mereka, siapa calon pengantin wanita dan ternyata bukan saya. Rombongan itu dari Pemalang sementara tunang saya dari Kendal.

“Akibat tersilap rumah, saudara membantu dan menghantarkan rombongan itu ke rumah pengantin wanita yang betul dengan jarak tidak jauh dari kampung ini.

“Kebetulan pada hari kejadian iaitu Ahad, dua majlis perkahwinan berlangsung dan boleh menimbulkan kekeliruan,”

VIDEO DIBAWAH:-

[videopress zjNgJDL5]

 

Sebelum ini, rakaman video dimuat naik di Instagram @makassar_iinfo tular hingga mendapat perhatian netizen.

Video ditonton lebih 304,999 tontonan memaparkan suasana disulami tawa dari tetamu dan keluarga pengantin wanita gara-gara tersilap rumah pengantin.

KOMEN NETIZEN:

“Tak kan la pengantin lelaki atau ahli keluarga tak tau alamat rumah bakal isteri.. Kalau tetamu yg salah alamat biasa la dgr..”

“Teringat member aku salah umh open hse.. tmn yg same, lorong yg same ade 2 umh buat open hse.. da kyg melantak baru tau tu umh jiran rupe nye..”

Ini namanya JODOH SALAH ALAMAT

[VIDEO] Pengantin Selamba ‘SAHKAN’ Nikahnya Sendiri, Mak Mentua Tak Boleh Tahan Berhenti Gelak 🤣🤣

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker