SHUK MENYESAL, JANJI TAK CURANG LAGI — MYKMU.NET

SHUK MENYESAL, JANJI TAK CURANG LAGI



Sebaran :

“Abang Janji Tak Akan Curang Lagi 🙏🏼” Begitu lah ayat Shuk Sahar di laman Instagram nya.

“Ya, sudah tentu saya memang tak akan curang lagi. (Kerana curang) saya jatuh terduduk, saya hilang gaji setahun dan semasa tu pulak baru berpindah rumah.

“Siapa sangka saya kehilangan kerja tiba-tiba sedangkan dalam fikiran saya kontrak akan tamat pada 2023,” itulah kata-kata pelawak Shuk Sahar menyesal dengan setiap perbuatannya sebelum ini dan berjanji tidak akan berlaku curang lagi terhadap isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah.



Bukan sahaja dia dikecam, Shuk berkata disebabkan kecurangannya itu juga dia turut kehilangan punca pendapatan serta keruntuhan rumah tangga.

Menghargai semangat isterinya yang mempertahankan rumah tangga mereka walau dilanda badai, Shuk berkata dia tidak mampu menjadi sekuat Rossalennah jika berada dalam situasi sama.

“Jika kena pada batang hidung sendiri, saya tak tahu dapat jadi sekuat dia atau tidak. Allah SWT hanya akan uji seseorang itu mengikut kemampuannya,” ujarnya.



Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangganya apabila isterinya mendedahkan pelawak itu berlaku curang buat kali kedua dengan wanita yang sama.

Isu Curang : Shuk Sahar Digantung Sementara Dari 🔥Hot FM🔥


Sebaran :


Leave a Reply