Isu Curang : Shuk Sahar Digantung Sementara Dari 🔥Hot FM🔥

Lanjutan daripada kontroversi pelawak yang juga penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar, pihak pengurusan stesen radio berkenaan memaklumkan bahawa khidmat Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar digantung buat sementara waktu bermula hari ini.

Siasatan Masih Dijalankan

Menerusi sebuah kenyataan, penggantungan tugas itu dibuat bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman berkaitan isu rumahtangga nya yang kini tular di media sosial. Dalam pada itu, keputusan seterusnnya penggantungan Shuk akan dibuat sejurus siasatan dalaman selesai.

Shuk mengendalikan segmen Geng Pagi Hot bersama Fizi dan Shuib dan popular menerusi program hiburan seperti I Can See Your Voice Malaysia dan Jenaka Kampung Kalut (JKK).

 

Terdahulu, isteri Shuk Rossalennah Natassiah Asshaferah membuat pendedahan mengejutkan di laman Instagram nya yang mendakwa Shuk masih berlaku curang bersama wanita lain yang pernah dikaitkan sebelum ini.

Malah di laman Twitter terdapat sebuah petisyen yang menuntut pihak Hot FM utuk menamatkan kontrak Shuk serta merta.

Sekadar info, Shuk dan Rossalennah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun

 

[VIDEO] Penyampai Radio Terkenal HOTFM Kantoi Curang Lagi, Isteri Terjah Rumah Skandal

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker