Tari tarian gairah, 5 gadis Iran ditangkap

Lima gadis ini menari mengikut alunan lagu Selena Gomez di Ekbatan, barat Teheran pada 8 Mac lalu. – Twitter

TEHERAN – Lima gadis ditangkap di Iran selepas menari mengikut irama lagu penyanyi pop popular Amerika Syarikat (AS), Selena Gomez tanpa memakai tudung, lapor portal berita MailOnline semalam.

Iran menguatkuasakan undang-undang yang ketat mengenai tarian dan bentuk hiburan awam lain terutamanya untuk golongan wanita.

Satu video pendek menunjukkan kumpulan gadis tersebut yang memakai pakaian Barat menari lagu Calm Down nyanyian bersama penyanyi Nigeria, Rema dan Gomez. Ia dilaporkan dirakam di bandar Ekbatan, barat Teheran serta berlangsung ketika Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac lalu.

Bagaimanapun, perbuatan gadis-gadis berkenaan disifatkan sebagai tindakan yang  menentang rejim Iran manakala Gomez turut berkongsi video dan berita tentang penahanan mereka di laman Instagramnya.



Penyanyi itu menulis: “Kepada wanita muda ini dan semua wanita Iran yang terus berani menuntut perubahan asas, sila ketahui bahawa kekuatan anda telah memberikan inspirasi.”

Sebelum ini, seorang  wartawan dan pembikin filem, Maziar Bahari menulis di internet: “Ini adalah adegan biasa di kebanyakan bandar di seluruh dunia. Tetapi di Iran, ia adalah satu tindakan penentangan.” – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah



Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker