Pengurus syarikat Fazura didakwa berdepan hukuman penjara, sebat, denda

Pengurus syarikat Fazura didakwa berdepan hukuman penjara, sebat, denda

“Kakitangan yang didakwa pecah amanah itu bekerja di salah satu stor (kedai) milik Fazura. Kes masih dalam siasatan.”

Demikian kata pengurus kepada pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura, Iman Tang Abdullah.

Menurut Iman, kakitangan berkenaan juga sudah tidak bekerja di premis itu selepas dipercayai terbabit dengan kes pecah amanah.

Pihak pengurusan Fazura membuat laporan polis membabitkan kes pecah amanah terbabit sekitar Ogos tahun lalu.

“Saya difahamkan, pihak pengurusan Fazura yang membuat laporan kes pecah amanah terbabit di Balai Polis Seremban, Negeri Sembilan.” katanya.

Terdahulu, Fazura mendedahkan wujud pecah amanah dalam syarikat membabitkan kakitangan perniagaan miliknya.

Menurutnya, kes pecah amanah terbabit membabitkan kakitangan sementara dan sejumlah wang yang banyak.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Seremban pada 10 Mac lalu menetapkan jaminan sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin terhadap seorang bekas pengurus sebuah syarikat.

Tertuduh berusia 28 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah lebih RM40,000.

Kesalahan dilakukan di sebuah pejabat syarikat dekat Nilai, dari 17 Jun hingga 27 Julai tahun lalu.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Kes akan disebut semula pada 24 Mac ini. HM

Pengurus syarikat Fazura didakwa berdepan hukuman penjara, sebat, denda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker