Bukan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary – Anwar

Bukan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan Lim Guan Eng tidak membatalkan sebarang pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary sewaktu ahli parlimen Bagan itu menjadi menteri kewangan.

Menjelaskan hal itu semasa sesi waktu pertanyaan kepada perdana menteri, Anwar yang juga menteri kewangan berkata mengikut Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, kuasa pengecualian cukai berada di bawah hak mutlak Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bukannya menteri atau perdana menteri.



“Yayasan Albukhary telah diberikan kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang dikecualikan daripada cukai pendapatan.

“Kerajaan mengesahkan daripada rekod Kementerian Kewangan bahawa YB Bagan (Lim) – semasa menjawat jawatan menteri kewangan – tidak pernah buat sebarang pembatalan kepada kelulusan percukaian sebelumnya (seperti) yang didakwa, diberikan kepada Yayasan Albukhary.

“Maka dakwaan yang dibuat bahawa beliau (Lim) batalkan pengecualian adalah tidak benar kerana hakikatnya kelulusan hanya dibuat pada 25 Feb 2021 iaitu kelulusan pengecualian cukai yang di luar kebiasaannya, melibatkan Yayasan Albukhary dan Kumpulan Al-Bukhary,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. Mk

Bukan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary – Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok



Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker