Tetamu majlis umpama ‘kedai emas bergerak’ di dalam majlis perkahwinan [VIDEO]

Penduduk Madura dikatakan mempunyai budaya memakai semua barangan kemas yang ada ketika menghadiri acara perkahwinan. – TikTok

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi  jemputan majlis perkahwinan yang memakai pelbagai jenis barang kemas dalam kuantiti banyak sehingga digelar ‘kedai emas bergerak’, lapor portal berita Wolipop.

Video yang dikongsikan di laman TikTok itu menunjukkan kumpulan wanita separuh usia memakai pakaian dalam tona senada bersama perhiasan emas bersaiz besar yang memenuhi badan mereka.

Ada antara mereka turut memegang wang tunai serta mengira duit pada majlis tersebut.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, Fahrozi, majlis perkahwinan itu berlangsung pada 12 Mac lalu di Bangkalan, Madura.



Fahrozi  yang merupakan seorang jurugambar berkata,  dia sudah biasa melihat  wanita di Bangkalan memakai barang kemas yang banyak.

“Penduduk Madura sama seperti etnik Bugis di mana mereka mempunyai budaya memakai semua barangan kemas yang ada ketika menghadiri acara perkahwinan,” kata Fahrozi.

Video tersebut dimuat naik bersama keterangan berbunyi: “Mahukah anda mempunyai ibu mentua orang Madura?”



Ia kemudian menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Kedai emas bergerak,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok



Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker