Ketua Pemuda PN perli BN

Selamat mendesak kata Fadhli

Ketua Pemuda PN perli BN

Ketika Umno kelihatan semarak semangatnya untuk menyaksikan parlimen bubar, bagaimana pula reaksi Pemuda Perikatan Nasional (PN) menanggapi kenyataan dibuat para pemimpin ‘rakan’ mereka dalam kerajaan?

Nampaknya Pemuda PN menyambut gelora tersebut dengan sinis.

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, bahkan berkata pihak yang bersungguh-sungguh mahukan pilihan raya umum (PRU) diadakan pada tahun ini perlu membuat desakan dengan lebih gigih.

Setakat ini, katanya, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak lagi memberi jaminan yang PRU ke-15 akan diadakan pada tahun ini juga.

Mentafsir situasi itu, ahli parlimen Pasir Mas dari PAS berkenaan berkata, Ismail Sabri tidak menyatakan bahawa PRU akan diadakan pada 2022 kerana tahu rakyat mungkin berdepan dengan risiko banjir pada hujung tahun.

Hal itu, kata Ahmad Fadhli, akan menyusahkan orang ramai untuk mengundi.

“Pihak yang beria-ia mahukan pilihan raya tahun in nampaknya perlu lebih kuat mendesak dan mengasak perdana menteri yang sehingga ke saat ini masih kekal dengan pendirian tidak mengumumkan pilihan raya tahun ini,” katanya pagi ini.

Semalam Ismail Sabri menyatakan, tarikh pembubaran parlimen akan diumumkan “tidak lama lagi” bagi memberi laluan kepada PRU yang ditunggu-tunggu sesetengah pihak dalam Umno.

Bagaimanapun, dalam ucapan di pelancaran jentera Pemuda BN di Kuala Lumpur itu, Ismail Sabri tidak menyatakan sebarang tarikh pembubaran berkenaan.

Dapat persetujuan kabinet

Sebaliknya, kata naib presiden Umno itu, ia akan dibincangkan dengan lima pemimpin tertinggi parti terbabit.

“Bila tarikhnya? Saya dengan presiden (Umno) akan menentukan. Tetapi percayalah, sikit lagi, tak lama lagi,” katanya.

Untuk rekod beberapa pemimpin Umno termasuk presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, berkali-kali mendesak agar PRU diadakan segera. Namun sebelum ini Ismail Sabri sebaliknya tidak menunjukkan sebarang komitmen ia akan dipenuhi seperti yang diinginkan.

Kata Ahmad Zahid semalam, BN bersedia menghadapi PRU ke-15 walaupun jika ia berlaku semasa banjir atau cuaca yang tidak mengizinkan.

Dakwa ahli parlimen Bagan Datuk itu lagi, dia melihat “isyarat jelas” daripada akar umbi yang mahukan PRU diadakan tahun ini.

“Kita tengah tunggu tarikh keramat, namun kita tahu ada kekangan akhir tahun ini iaitu banjir, hujan lebat dan angin monsun Timur Laut.

“Tetapi, kalau perdana menteri bubar masa banjir pun, (kita) sanggup redah banjir untuk bertanding,” katanya.

Untuk membolehkan Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran parlimen, dia perlu terlebih dahulu perlu mendapatkan persetujuan kabinet.

Ketika ini kabinet Ismail Sabri turut dianggotai wakil dari PN yang ditunjangi Bersatu serta PAS.

PAS dan Bersatu pula menunjukkan kecenderungan agar PRU itu diadakan lebih lewat daripada apa yang diinginkan Umno.

“Selamat mendesak,” kata Ahmad Fahdli. Mk

Ketua Pemuda PN perli BN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker