Tergamak kau kakak

Kes dera

Tergamak kau kakak

“Saya tidak pernah membuang anak sebaliknya memberikan amanah sementara kepada kakak untuk menjaganya kerana kesempitan hidup ketika itu dan tidak sangka akhirnya mereka menjadi mangsa dera.”

Demikian luahan wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Syafiqah, ibu kepada dua beradik yang didera dalam kejadian di sebuah kondominium di Taman Cahaya di sini, kelmarin.



Perbuatan suami isteri terbabit mendera anak saudara mereka terbongkar selepas seorang daripada mangsa yang juga kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai cuba untuk terjun dari tingkat empat kondominium itu ketika cuba melarikan diri.

Lebih menyedihkan, kanak-kanak lelaki terbabit dan adik perempuannya yang berusia enam tahun itu dipukul dengan getah paip, rotan dan tali pinggang oleh suami isteri terbabit kononnya mereka degil serta tidak mahu mendengar kata.

Syafiqah yang tinggal di Kota Kinabalu, Sabah berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi polis.

“Saya terkejut apabila melihat gambar kecederaan anak. Saya tidak menyangka kakak kandung tergamak melakukan perbuatan itu,” katanya kepada Metro Ahad ketika dihubungi, semalam.



Mengimbau ketika dia menyerahkan anaknya itu kepada kakaknya, Syafiqah mengatakan yang dia terpaksa melakukannya.

“Ketika itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikenakan dan keadaan ekonomi saya tidak berapa baik. Kakak mengatakan yang dia ingin membantu menjaga anak saya. Tambahan pula, kakak baru berkahwin dan belum mempunyai zuriat.

“Saya kemudian bersetuju untuk memberi amanah kepada kakak buat sementara dan memberitahu akan mengambil anak-anak semula apabila keadaan ekonomi saya stabil,” katanya.

Menurut Syafiqah, sebelum ini, dia pernah meminta gambar anak selain ingin membuat panggilan video namun kakaknya memberi pelbagai alasan.



“Dua minggu lalu, saya hubungi kakak dan meminta untuk membuat panggilan video dengan anak namun dia memberi pelbagai alasan dan mungkin dia bimbang saya melihat kesan luka di badan anak.

“Saya juga ada memintanya untuk mengembalikan anak saya jika dia sudah tidak mampu menjaga mereka, tambahan dia juga sedang hamil. Namun dia enggan kerana mendakwa sayang dan mahu menjaga mereka lagi,” katanya.

Syafiqah berhasrat untuk ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat selepas siasatan polis selesai dan mahu membawa anak-anaknya pulang ke Kota Kinabalu.

Sementara itu, saksi kejadian kanak-kanak berkenaan terperangkap di belebas tingkap yang hanya mahu dikenali sebagai Thina, 48, berkata, kejadian itu disedari isterinya yang sedang berjoging di kawasan berkenaan.



“Ketika itu, kanak-kanak berkenaan berada di belebas tingkap di tingkat empat kondominium berkenaan.

“Kanak-kanak itu menjerit meminta tolong kerana sudah tidak tahan didera oleh seorang wanita di rumah terbabit,” katanya.

Menurut Thina, kejadian dera itu mungkin bukan kali pertama kerana pada minggu lalu, kanak-kanak itu dibogelkan dan diarah berdiri di balkoni rumah. HM

Tergamak kau kakak




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin



Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker