6 kertas siasatan kes amang seksual pendakwah selebriti, bakal didakwa

6 kertas siasatan kes amang seksual pendakwah selebriti, bakal didakwa

Sebanyak enam kertas siasatan membabitkan pendakwah selebriti berusia 40-an yang ditahan reman berkaitan kes amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, PDRM mengesahkan enam kertas siasatan dirujuk kepada TPR pada 14 September lalu.

Menurutnya, empat kertas siasatan di Selangor dan dua di Negeri Sembilan.

“Kesemuanya kertas siasatan yang dihantar ke TPR itu dengan cadangan suspek dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak (AKSTK).

“Manakala terdapat satu lagi kertas siasatan di Kuala Lumpur yang masih dalam tindakan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak tujuh laporan polis dibuat terhadap pendakwah selebriti berkenaan.

“Suspek kini dibebaskan dengan jamin polis,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan berkenalan sewaktu mengikuti program sesi motivasi sebelum dipujuk dan paksa melakukan perbuatan amang seksual fizikal.

Itu antara hasil siasatan awal polis membabitkan seorang pendakwah selebriti tanah air yang dikaitkan dengan empat laporan polis kes jenayah perbuatan seksual terhadap empat remaja lelaki.

Sumber berkata, mangsa kes amang seksual fizikal terbabit mendakwa diarah melakukan perbuatan tidak senonoh oleh suspek yang pernah menyertai program realiti agama sebelum ini. HM

6 kertas siasatan kes amang seksual pendakwah selebriti, bakal didakwa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker