Isteri cekup suami beromen dengan bekas kekasih dalam bilik tidur

Kekasih suami N bersembunyi di sebalik pintu apabila wanita itu pulang ke rumah dan menyedari mereka berdua-duaan dalam bilik tidur. – Telisik.id

JAKARTA – Seorang lelaki di Kota Kendari, Sulawesi Tenggara tergamak mengajak kekasih tinggal bersama selepas isterinya pulang ke rumah ibu bapa sejak tiga bulan lalu, lapor laman Telisik.id, semalam.

Perbuatan keji lelaki itu terbongkar apabila isterinya pulang ke rumah untuk mengambil baju dan terkejut melihat ada wanita lain di dalam bilik tidur bersama lelaki tersebut.

Isterinya yang digelar N sempat merakam video berdurasi 45 saat yang memaparkan pasangan tersebut yang baru dicekup.

“Saya dan suami memang sudah tidak tinggal bersama serta hubungan kami memang sudah tamat.

“Tetapi saya masih isteri dia yang sah dan belum selesai proses perceraian. Saya tidak sangka dia sanggup membawa wanita yang juga bekas teman wanita sebelum berkahwin duduk di rumah kami sepanjang saya tiada,” tulis kapsyen video tersebut.

Dikhabarkan bahawa kekasih baharu suaminya itu ialah seorang mahasiswi di institut perguruan di Kota Kendari. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker