Ini rahsia bagaimana bilionair India jadi nombor 2 terkaya dunia

SEORANG usahawan India, Gautam Adani menduduki tempat kedua terkaya di dunia berdasarkan senarai kedudukan bilionair yang dikeluarkan oleh Forbes pada Jumaat lalu iaitu beberapa minggu selepas beliau menjadi orang Asia pertama menduduki tempat ketiga dalam senarai itu.

Anggaran nilai bersih bilionair itu melonjak kepada AS$4 bilion (RM18.14 bilion) semalaman kepada jumlah keseluruhan kekayaannya dianggarkan AS$154 bilion (RM698.39 bilion), menurut Forbes sekali gus meletakkannya di hadapan pelabur Amerika Syarikat (AS), Bernard Arnault dari firma LVMH dan Jeff Bezos yang merupakan pengasas syarikat e-perniagaan, Amazon bwrpangkalan do AS.

Pengasas bersama syarikat kenderaan elektrik Tesla, Elon Musk kekal berada di tempat pertama dengan kekayaan keseluruhan dianggarkan lebih daripada AS$270 bilion (RM1.2 trilion).

Adani, 60, mengaut kekayaannya dalam perdagangan pelabuhan dan komoditi dan kini mengendalikan konglomerat kedua terbesar di India dengan kepentingan daripada perlombongan arang batu serta minyak masak hingga bisnes lapangan terbang termasuk media.

Anggaran nilai kekayaan bersihnya yang melonjak mencerminkan peningkatan stratosfera dalam permodalan pasaran syarikat-syarikat tersenarai awamnya apabila pelabur menyokong pengembangan agresif perniagaan lama dan baharu Kumpulan Adani.

Saham dalam syarikat Adani Enterprises yang mana 75 peratus sahamnya dimiliki oleh usahawan tersebut telah melonjak lebih 2,700 peratus sejak Mac 2020 dan meningkat dua kali ganda nilainya dalam tempoh enam bulan lalu.

Lonjakan harga saham dalam syarikat kumpulan lain termasuk Adani Transmission, Adani Power, Adani Ports dan Adani Green Energy melonjakkan ahli perniagaan India itu berjaya mengatasi rakan bilionair India yang iaitu Mukesh Ambani pada tahun ini.

Perniagaan dalam bidang pengendalian pelabuhan merupakan antara sumber kekayaan Adani. - Foto Adani
Perniagaan dalam bidang pengendalian pelabuhan merupakan antara sumber kekayaan Adani. – Foto Adani

 

Arnault yang ada kalanya memegang tempat teratas pada Mei 2021 dan Adani pula pernah berada di kedudukan nombor dua dalam senarai bilionair dunia disebabkan oleh harga saham syarikat mereka naik tetapi kemudian turun semula di pasaran.

Adani berjaya menewaskan Bezos dan Arnault iaitu ‘raja runcit’ jualan produk mewah Perancis.

KEHILANGAN STATUS

Bagaimanapun, usahawan India itu kehilangan status sebagai individu kedua terkaya di dunia dengan cepat dan kedudukannya dirampas oleh Arnault disebabkan kejatuhan nilai saham syarikat-syarikat Adani sebelum pasaran saham India ditutup pada Jumaat.

Pada siang hari, kekayaan ahli perniagaan India itu telah melonjak sehingga AS$155.7 bilion (RM706.10 bilion) tetapi kerana kebanyakan saham kumpulan itu berakhir dengan kerugian, beliau kembali ke kedudukan ketiga dengan anggaran nilai bersih kekayaannya sebanyak AS$152.6 bilion (RM692.04 bilion).

Menurut data, kekayaan Adani melonjak sebanyak AS$2.4 bilion (RM10.8 bilion) atau 1.59 peratus pada Jumaat.

Arnault yang menyelia syarikat barangan mewah kini mengambil alih tempat usahawan India itu dan berada di tempat kedua dengan anggaran nilai bersih keluarganya berjumlah sekitar AS$153.1 bilion (RM694.31 bilion).

Bezos menduduki tempat keempat dengan anggaran kekayaannya sebanyak AS149.7 bilion (RM678.89 bilion) manakala pengasas bersama syarikat Microsoft iaitu Bill Gates menduduki tempat keempat kelima dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$105.2 bilion (RM477.08 bilion).

BERHENTI KOLEJ

Dilahirkan di bandar Ahmedabad di negeri barat Gujarat dalam keluarga kelas pertengahan, Adani berhenti daripada kolej untuk bekerja dalam industri berlian sebelum memulakan perniagaan eksportnya pada tahun 1988.

Pada tahun 1995, beliau memenangi kontrak untuk membina dan mengendalikan pelabuhan perkapalan komersial di Mundra di Gujerat yang telah berkembang menjadi pelabuhan terbesar di India dan pada masa yang sama, syarikat Adani berkembang menjadi penjanaan kuasa haba dan perlombongan arang batu di India dan luar negara.

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, usahawa itu telah menceburi bidang petrokimia, simen, pusat data dan penapisan tembaga di samping menubuhkan perniagaan tenaga boleh diperbaharui.

Pelaburan terbaharu dalam media berita India dan bidaan untuk gelombang udara 5G tahun ini telah menimbulkan spekulasi bahawa empayar bilionair itu tidak lama lagi akan menjejaskan sektor yang dikuasai oleh Reliance Industries milik Ambani.

Bilionair itu yang bermula sebagai seorang penyusun berlian dan menyertai saudara kandungnya, Mansukhbhai Adani dalam perniagaan perdagangan plastik sebelum memulakan perniagaan import eksportnya sendiri, Adani Exports kini dikenali sebagai Adani Enterprises pada tahun 1988.

Kumpulan Adani memegang pasaran pengangkutan dan tenaga India serta menjadi operator pelabuhan termasuk lapangan terbang terbesar di negara itu dalam sektor swasta.

Sehubungan itu, seorang lagi ahli perniagaan yang berjaya menjadi bilionair dan berada ditempat ketiga teratas dalam senarai golongan kaya dunia selepas dia berhenti dari kolej pengajiannya di India tetapi berdedikasi dalam dunia perniagaan. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker