Gunung Baling bakal lenyap?

BALING: Gunung Baling setinggi 420 meter dari aras laut yang terletak di Mukim Pulai di sini, dipercayai bakal lenyap selepas sebuah kuari diberi kelulusan untuk beroperasi selama 145 tahun.

Gunung tersebut yang termasuk dalam kategori gunung limestone iaitu terdiri daripada batuan batu kapur dan mempunyai keindahan alam semula jadi menjadi tarikan pelancong di daerah ini kerana mempunyai banyak khazanah alam.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Perlindungan Khazanah Alam (Peka) Kedah, Mohd. Sobri Ramlee berkata, gunung tersebut yang menjadi mercu tanda daerah ini cukup bernilai pada masa depan sepatutnya dipertahankan.



Katanya, kerajaan negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sepatutnya menilai dan mengenal pasti risiko yang dihadapi penduduk setempat serta kemusnahan alam semula jadi di gunung tersebut.

Menurutnya, antara kampung yang terjejas akibat operasi kuari itu ialah Kampung Padang Che Mas, Kampung Charuk Bakong, Kampung Becah Tok Bulan, Kampung Seberang, Kampung Sekolah dan Kampung Baru yang melibatkan jumlah keseluruhan penduduk seramai 3,000 orang.

“Jika projek ini diteruskan, Peka percaya Gunung Baling lenyap disebabkan kerja-kerja kuari tersebut yang bermula awal tahun ini.

Pas belum sedia terima Amanah



“Berdasarkan laporan penilaian kesan alam sekeliling, kuari itu dijalankan dalam jangka masa yang terlalu panjang selama 145 tahun dan kawasan kuari pula meliputi sehingga puncak Gunung Baling,” katanya di sini semalam.

Mohd. Sobri berkata, kuari tersebut dipercayai tidak mematuhi beberapa syarat yang boleh mengancam kawasan hutan dan keselamatan penduduk.

Jelasnya, kawasan operasi kuari itu didakwa tidak mengikut jarak zon penampan melibatkan jarak penempatan rumah penduduk yang sepatutnya sejauh tiga kilometer.



“Peka mendapati jarak rumah penduduk terdekat adalah sekitar 990 meter yang terletak di Kampung Padang Che Mas,” ujarnya.

Pihaknya percaya operasi kuari itu juga menyebabkan mudah berlaku banjir lumpur dan pencemaran habuk daripada kerja-kerja kuari batu kapur tersebut.

“Hidupan akuatik juga akan terjejas dan memberi kesan kepada penduduk yang menjadikan ikan sungai sebagai sumber makanan dan pendapatan.

“Sementara itu, proses letupan dan ekstrak batu kapur itu menghasilkan debu yang banyak sehingga boleh menjejaskan kesihatan penduduk terutama masalah pernafasan kronik,” tambahnya.



Beliau memberitahu, penduduk telah menghantar surat bantahan operasi kuari itu kepada Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Mohd. Nasir Idris Pejabat Daerah Baling dan JAS pada 11 Mac lalu

 

Rundingan Pas dengan Bersatu tanpa pengetahuan UMNO – Ahmad Zahid



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker