Rogol Bibik: Nasib bekas Adun DAP ditentukan esok

PETALING JAYA: Nasib Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong sama ada dilepaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia akan diketahui esok.

Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Abdul Wahab Mohamed dijadualkan menyampaikan keputusan pada akhir kes pendakwaan 10 pagi esok, menurut laporan Bernama.

Pada 28 Sept 2021, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 23 saksi termasuk dua saksi terlindung, untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu yang bermula pada 5 April lepas.

Mahkamah menetapkan tarikh keputusan selepas selesai mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada 16 Nov 2021.

Yong, 51, didakwa merogol pembantu rumah berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park, antara 8.15 malam hingga 9.15 malam, pada 7 Julai 2019.

Tuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen namun pada 15 Dis 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Yong didakwa di Mahkamah Sesyen pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak.

Rogol Bibik: Nasib bekas Adun DAP ditentukan esok


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker