Sekolah diserbu ‘Ah Long’ tuntut hutang dengan guru

Pengutip hutang tersebut bersikap biadap dan menengking guru berkenaan serta tidak menghiraukan larangan guru-guru lain yang berada di situ. – TikTok

JAKARTA – Seorang pengutip hutang skim pinjaman online bertindak melampaui batas apabila dia menuntut hutang daripada seorang guru wanita di sebuah sekolah sehingga mencetuskan kekecohan, lapor laman berita Berita Hits hari ini.

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok, pengutip hutang tersebut bersikap biadap dan menengking guru berkenaan serta tidak menghiraukan larangan guru-guru lain yang berada di situ.

Dia sebelum itu dilihat terus menuju ke bilik guru dan mendesak guru terbabit melangsaikan hutangnya, namun ditolak wanita tersebut yang mendakwa bahawa dia sudah membayarnya tahun lalu.

“Encik, silakan keluar. Di mana pengawal keselamatan?” kata guru tersebut.

Lelaki pengutip hutang itu kemudiannya bertanya mengapa guru tersebut tidak memakai pelitup muka serta mengugut untuk merakam videonya.

“Saya rakam gambar awak, saya akan muat naik (di media sosial). Sila pakai pelitup muka sekarang,” kata lelaki itu.

Guru berkenaan kemudiannya memberitahu bahawa dia sedang berehat dan tidak mengajar, yang membuatkannya membuka seketika pelitup muka.

Beberapa orang guru dilihat turut meminta pengutip hutang itu  untuk berlalu pergi namun tidak diendahkan olehnya.

“Bahaya kalau berhutang begini. Jadi, hindarilah daripada berhutang,” kata seorang netizen. – Agensi

Sekolah diserbu ‘Ah Long’ tuntut hutang dengan guru


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pesara tentera maut dipijak anak kandung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker