PRN Melaka : 41 pelajar, guru positif Covid-19

Sebaran :

JASIN – Seramai 41 pelajar dan guru di dua madrasah di sini disahkan positif Covid-19 membabitkan kluster Pulau Gadong yang berpunca daripada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) 20 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, jumlah tersebut dikesan melalui hasil saringan menyeluruh yang dilakukan ke atas 185 pelajar dan kakitangan madrasah berkenaan.

Katanya, hasil siasatan, indeks kes merupakan seorang tenaga pengajar di madrasah berkenaan dan terlibat sebagai jentera parti politik pada PRN lalu.

“Indeks kes menunjukkan simptom pada 21 November, namun telah mengajar di dua madrasah berkenaan selama dua hari hingga 23 November sebelum notifikasi positif Covid-19 diterima 25 November.



“Susulan itu, saringan menyeluruh telah dilakukan dan seramai 41 pelajar serta guru dikesan positif Covid-19,” katanya pada sidang akhbar di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Merlimau, di sini, hari ini.

Ujarnya, daripada jumlah itu seramai 33 orang merupakan pelajar berusia 19 tahun dan ke bawah, manakala baki adalah guru serta kakitangan madrasah.

Tambahnya, pihaknya juga masih menunggu keputusan saringan Covid-19 seramai 142 yang lain.-K! ONLINE

PRN Melaka : 41 pelajar, guru positif Covid-19




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tikam mati rakan sekerja tolak cinta


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *