Kemenangan PRU-15: Pemasaran politik strategi utama

MERUJUK kepada tulisan-tulisan saya yang terdahulu dalam ruangan ini, sesebuah parti politik tidak ada produk dan tidak seharusnya berfikir untuk menawarkan produk kepada pengundi. Apa yang boleh ditawarkan oleh parti politik adalah penyampaian perkhidmatan.

Justeru, kempen dalam pilihan raya untuk menang seharusnya berbentuk janji penyampaian perkhidmatan dan mengajak pengundi memberi undi kepada calon mereka yang mampu menyempurnakan penyampaian perkhidmatan yang dikehendaki rakyat.

Bentuk-bentuk penyampaian perkhidmatan adalah penyempurnaan khidmat sebagai wakil rakyat, berjaya sempurnakan projek-projek yang beri kemudahan kepada rakyat seperti jalan raya, bangunan sekolah, jabatan yang uruskan hal ehwal rakyat dapat berfungsi dengan cekap serta cemerlang, dan sebagainya.

Penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan ini hanya akan dapat dilakukan jika sesuatu parti tersebut berjaya menjadi kerajaan. Sebelum berjaya menjadi kerajaan, sesebuah parti hanya boleh berjanji.

Janji bukan sesuatu yang nyata. Janji-janji terkumpul menjadi harapan kepada orang yang mengundi. Justeru, mana-mana parti yang mampu meyakinkan lebih ramai pengundi dengan janji-janji mereka akan berjaya mendapat undi lebih banyak dan boleh membentuk kerajaan.

Dalam pilihan raya-pilihan raya lalu, malah hampir tidak pernah putus, parti-parti yang bersaing berusaha menjatuhkan pesaing mereka dengan pelbagai pandangan serta tohmahan.

Matlamat mereka supaya pengundi tidak percaya kepada parti pesaing mereka dan tidak undi parti berkait. Kalau dalam sistem dua parti, atau hanya ada dua parti utama yang bersaing, tindakan sedemikian mungkin berkesan. Namun jika ada banyak parti yang bersaing, keberkesanan tindakan sedemikian boleh dipersoal.

UNTUNG RUGI KEMPEN

Misalnya, jika parti U menjadikan parti D sebagai bahan kempen negatif utama mereka, tidak semestinya mereka yang tidak suka parti D akan undi parti U jika masih ada parti P dan A.

Malah, jika parti D bertanding mengguna lambang parti P, seolah-olah parti D tidak bertanding langsung, ramai pengundi yang tidak sedar dan tetap undi parti P.

Akhirnya walaupun kempen parti U berkesan untuk lemahkan parti D, tetapi parti yang mendapat untung mungkin parti P, dan parti D tetap mendapat kedudukan. Parti U tetap rugi.

Jika pemasaran politik adalah pilihan strategi, maka strategi pemasaran seharusnya menjadi keutamaan untuk digunakan, buka strategi perang ala Sun Tzu.

Strategi pemasaran fokus kepada mendapatkan kepercayaan kepada parti sendiri dan tidak banyak tumpuan diberikan untuk hilangkan kepercayaan kepada parti pesaing.

Antara strategi pemasaran yang berkesan adalah strategi lautan biru (SLB). Kajian terhadap penggunaan strategi ini oleh Justin Trudeau di Kanada boleh memberi pencerahan. SLB memberi fokus kepada mencipta pasaran baharu. Apakah pasaran baharu dalam PRU15?

Mana-mana parti politik yang memilih untuk mengguna SLB sebagai strategi pilihan raya mereka boleh cipta pasaran tersendiri dengan membuat definisi pasaran baharu tersebut.

Antara pasaran baharu bagi PRU15 adalah pengundi 18 dan pengundi baharu pendaftaran automatik. Kelompok ini dijangka membentuk pasaran politik yang mempunyai ciri berbeza dengan pengundi lama berdaftar dan mendaftar secara sukarela sewaktu berumur 21 tahun.

Pengundi 18 dan pengundi baharu automatik ini juga mempunyai pelbagai latar belakang, kemahuan dan harapan. Keadaan ini membawa kepada strategi kedua iaitu penggunaan segmentasi psikografik.

Segmentasi psikografik telah banyak digunakan oleh parti-parti politik di Amerika dan di Eropah sejak kebelakangan ini.

Pengundi yang sukar dicapai dalam komuniti berpagar mungkin boleh dicapai melalui kaedah psikografik.

Misalnya, kumpulan peminat berbasikal berkumpul dan mengayuh bersama, tanpa ada ikatan organisasi. Mereka adalah daripada kalangan kelas menengah pertengahan dan menengah atas yang tidak suka berpolitik, benci kepada parti politik, berasa tidak perlu kepada parti politik dan tidak bergantung kepada orang politik.

Ada kumpulan sebegini boleh berkumpul tanpa kempen di Dataran Merdeka dengan jumlah yang besar. Dalam kalangan mereka, ramai yang mengundi, tetapi memandang lekeh kepada wakil-wakil rakyat. Parti politik yang berminat kepada undi mereka harus mencari jalan mendekati mereka.

Mana-mana parti politik yang bergantung hanya kepada segmentasi demografi dan geografi adalah parti dinosaur yang sukar berubah atau tidak faham erti pemasaran politik serta penggunaan strategi baharu. Berubah atau rebah.

* Dr Mohd Fauzi Shaffie ialah bekas pensyarah pemasaran di Universiti Multimedia

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker