Caj tambahan RM15 jika bawa bayi, restoren dikecam

Restoran ini menjelaskan bayaran tambahan adalah untuk menampung kos pembersihan selepas anak pelanggan membuat sepah. – Mirror UK

LONDON – Sebuah restoran yang menghidangkan makanan China di Crumbia, England menerima kecaman hebat apabila mengenakan bayaran tambahan sebanyak £3 (RM15.59) kepada pelanggan yang membawa anak kecil ketika makan secara bufet, lapor portal berita MailOnline semalam.

Restoran Panda Garden baru-baru ini mengumumkan tawaran bufet tanpa had berharga £9.90 (RM51.43) bagi seorang dewasa.

Namun, para pelanggan meluahkan rasa marah apabila mengetahui bahawa ibu bapa yang membawa bayi akan dikenakan bayaran tambahan.

“Kami membayar kos peluang untuk pelanggan menempah tempat duduk bayi di mana orang dewasa boleh duduk. Kami juga membayar untuk kakitangan membersihkan tempat duduk bayi yang bersepah selepas anak anda selesai makan.



“Oleh itu, caj £3 akan dikenakan. Kami meminta kerjasama anda untuk menghormati peraturan ini.

“Kami berharap siaran ini akan menjelaskan sebarang salah faham yang telah berlaku dan memberi penjelasan mengenai peraturan kami,” demikian menurut kenyataan daripada jurucakap restoran tersebut di laman Facebook.

Penjelasan tersebut bagaimanapun tidak meredakan situasi apabila pelanggan masih tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan ke atas anak mereka.

“Adakah anda juga mengenakan bayaran tambahan jika pelanggan dewasa menumpahkan air dan makan bersepah?” tulis seorang pengguna media sosial.



“Bayar £3 hanya untuk anak saya mendapat kerusi bayi adalah satu kegilaan. Saya tidak akan datang ke restoran ini,” komen seorang lagi. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa



Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker