Air mata Khairuddin

Tidak dapat menahan sebak selepas memenangi emas

Air mata Khairuddin

Air mata kegembiraan menjadi bukti kepuasan buat atlet angkat berat Terengganu, Muhammad Khairuddin Ashaari selepas memenangi pingat emas kategori bawah 67 kilogram (kg) di Sukan Malaysia (SUKMA) 2022, hari ini.

Muhammad Khairuddin, 19, yang membuat penampilan kedua dalam temasya itu melakukan angkatan seberat 124kg untuk snatch dan 157kg bagi clean & jerk yang menjadikan jumlah angkatan keseluruhan 281kg.

Pingat perak dimenangi atlet Perak, Muhammad Danial Dahlan yang merekodkan jumlah angkatan keseluruhan seberat 280kg, manakala Kevdylan dari Sabah meraih gangsa (278kg).



Muhammad Khairuddin menjelaskan bahawa ia pingat emas pertamanya di SUKMA dan ia menyebabkan atlet kelahiran Batu Rakit itu tidak dapat menahan air mata selepas mengesahkan kemenangan.

“Sebaik mengetahui saya dapat emas terus rasa sebak. Sasaran sebenarnya adalah pingat perak tapi saya berjaya dapat emas dan ini adalah rekod peribadi terbaik saya, Alhamdulillah saya berpuas hati,” katanya.

Selain itu, dia berharap kejayaan itu dapat membantu mengembangkan lagi kariernya termasuk mewakili negara di pentas lebih tinggi.

“Saya rasa gembira bila lihat ramai yang beri sokongan kepada saya hari ini. Bila nak angkat, terus rasa semangat dan itu juga adalah motivasi terkuat untuk saya.



“Semangat saya juga datang bila teringat kepada mak ayah, kawan-kawan dan saya nak buat yang terbaik untuk negeri. Jadi, emas ini hadiah buat mereka,” katanya. BH

Air mata Khairuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker