Puteri Sarah tak sabar ke Jakarta malam ini

Puteri Sarah tak sabar ke Jakarta malam ini

Pelakon Puteri Sarah Liyana tidak sabar untuk berangkat ke Indonesia pada malam ini atas urusan kerja selepas hadir ke dua mahkamah berbeza hari ini.

Sarah yang hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini dengan memakai jubah berwarna merah jambu kelihatan ceria dan bersemangat sambil ditemani peguamnya.

“Saya tidak sabar untuk ‘terbang’ malam ini ke Jakarta, Inodnesia untuk urusan kerja dan perniagaan.

“Saya akan berada di Jakarta selama seminggu. Anak-anak mak saya akan jaga sebab mereka perlu ke sekolah,” ujar Sarah bersemangat.

Sarah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas sesi perdamaian yang dilakukan pada 24 Mac lalu gagal menemui jalan penyelesaian.

Pada 7 Mac lalu, Puteri Sarah dan pasangannya iaitu pengarah Syamsul Yusof diperintahkan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan cerai di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Bagaimanapun Syamsul enggan memberi lafaz cerai terhadap Puteri Sarah berikutan tiada persetujuan mengenai beberapa terma pada 18 April lalu.

Pagi tadi bertempat di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hakim menolak lanjutan injuksi ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan oleh Syamsul Yusof terhadap aktres berusia 38 tahun itu.

Peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memberitahu permohonan melanjutkan tarikh kes injuksi oleh plaintif secara lisan menerusi hakim Abdul Halim Abdullah ditolak.

Akberdin berkata, perintah injuksi tersebut dibuat untuk mencegah anak guamnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu rumah tangga kepada media dan di mana-mana platform media sosial. K Online

Puteri Sarah tak sabar ke Jakarta malam ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan

Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa

Hannah Delisha posing mendada

Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker