Cincin Nourul berjaya dibida RM750

Cincin Nourul berjaya dibida RM750

AKHIRNYA cincin perkahwinan pertama penyanyi Nourul Depp berjaya dilelong pada harga RM750. Wang tersebut akan disalurkan kepada tabung amal untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Tahniah cik @hayani_h24, pembida tertinggi iaitu RM750. Selesai dah kes cincin ini. Semoga yang memerlukan barang keperluan mendapat manfaatnya. Amin,” tulisnya di Instagram.



Dalam hantaran yang sama, Nourul turut memberitahu bahawa anak perempuannya, Ayu Nazirah telah memberi keizinan untuk menjual cincin tersebut.

Ia susulan selepas Nourul teruk dihentam pelayar media sosial kerana sanggup melelong barangan yang dianggap ‘sentimental’ kepada orang lain sedangkan dia mempunyai anak perempuan.

“Ayu tak mahu. Saya dah tanya dia dulu. Dia keutamaan dan dia tak suka emas. Dia Izinkan saya menjual cincin itu. Sekian, khas buat semua kakak joyah yang rajin bagi pendapat,” katanya.

Ustaz Akhil Hayy berkata tiada salahnya tindakan penyanyi Nourul Depp menjual cincin pernikahannya yang berusia 25 tahun.



Menurutnya, cincin itu adalah dari perkahwinan yang sudah pun terpisah dan bukan lagi di bawah tanggungan bekas suaminya, Ajai.

“Mereka pun sudah lama bercerai dan sudah tentu tiada isu yang berbangkit lagi sekarang. Cincin itu memang dah jadi hak mutlak Nourul.

“Jadi, terpulang kepada dia (Nourul) untuk buat apa saja dengan cincin berkenaan. Apatah lagi, dia jual untuk tujuan kebaikan memang bagus,” katanya

Cincin Nourul berjaya dibida RM750




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tolong tag ketua, pemimpin negara – Aeril Zafrel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker