BN tolak tubuh jawatan kuasa, bukan enakmen -Hasni

BN tolak tubuh jawatan kuasa, bukan enakmen -Hasni

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) menyifatkan tiada keperluan mewujudkan sebuah jawatan kuasa pilihan khas peringkat negeri untuk menjalankan kajian dan cadangan Enakmen Anti-Lompat Parti.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, ini kerana Enakmen Anti-Lompat Parti itu sudah diwartakan dan ditetapkan tarikh kuat kuasa dengan setiap Dewan Negeri mempertimbangkan pemakaian enakmen tersebut.

Tambahan pula, beliau berkata, peringkat parti termasuk blok pembangkang juga telah mengadakan perbincangan bagi memahami isi kandungan enakmen itu serta mendapat maklum balas dari negeri serta pandangan pelbagai pihak.

“BN Johor merasakan bahawa pembentangan enakmen di peringkat Parlimen ini melalui proses yang menyeluruh dan komprehensif, pelbagai pindaan dan masa sepenuhnya diberikan pelbagai pihak untuk meneliti pelaksanaan enakmen ini.

“Jadi, saya tak faham kenapa perlu ada jawatan kuasa khas sedangkan di peringkat awal penggubalannya telah melibatkan semua pihak termasuk peringkat negeri, melihat dari sudut perlembagaan serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Oleh sebab itu, usul dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai kita tolak kerana tidak ada keperluan dibentuk jawatan kuasa khas enakmen yang telah diluluskan di peringkat Persekutuan dan mendapat sokongan majoriti,” katanya dalam sidang akhbar di Hotel Double Tree, di sini hari ini.

Terdahulu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara majoriti menolak cadangan pembangkang supaya rundingan dibuat bagi penubuhan sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas peringkat negeri untuk menjalankan kajian dan cadangan Enakmen Anti-Lompat Parti.

Speaker DUN Johor, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi memaklumkan, seramai 37 ADUN tidak bersetuju terhadap cadangan pembangkang manakala 13 ADUN bersetuju supaya undian dijalankan.

Dua ADUN pembangkang iaitu Amira Aisya Abd. Aziz (Muda-Puteri Wangsa) dan Arthur Chiong Sen Sern (PKR-Bukit Batu) tampil berbahas menyatakan sokongan manakala dua ADUN BN, iaitu Anuar Abd. Manap (Pemanis) dan Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (Mahkota) membantah cadangan terbabit.

Hasni yang juga ADUN Benut berkata, penolakan jawatan kuasa itu tidak bermakna BN Johor menolak daripada mengguna pakai enakmen tersebut apabila tiba masanya kelak.

Malah, tambahnya, BN Johor turut memasukkan pemakaian enakmen itu dalam Ikhtiar BN Johor pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu sebagai tanda komitmen untuk menggunakan enakmen tersebut.

“Penjelasan ini perlu kerana saya bimbang ‘majlis penghasut negeri Johor’ menyebabkan rakyat dikelirukan seolah-olah kerajaan negeri tolak guna pakai enakmen tersebut. Kita hanya tolak pembentukan jawatan kuasa itu sahaja,” ujarnya. Utusan

BN tolak tubuh jawatan kuasa, bukan enakmen -Hasni


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker