Firdaus Wong dijangka hadir sebagai saksi perbicaraan kes Ebit Lew

Firdaus Wong dijangka hadir sebagai saksi perbicaraan kes Ebit Lew

TENOM: Pendakwah bebas, Firdaus Wong dijangka hadir sebagai salah seorang saksi pendakwaan pada hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew di Mahkamah Majistret hari ini.

Seorang pegawai polis akan turut dipanggil bagi menjadi saksi pada hari ini.

Ebit tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi untuk menghadiri perbicaraan yang berlangsung bermula Selasa sehingga esok.

Beliau tiba dengan memakai kameja berwarna biru muda dan berseluar hitam serta kopiah putih.

Perbicaraan hari ketiga pertuduhan kes gangguan seksual pendakwah terkenal, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim,37, disambung semula hari ini.

Setakat ini, seorang saksi dipanggil dalam kes perbicaraan berkenaan iaitu penceramah motivasi Mohd. Fairuz Abu atau lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah ini antara Mac hingga Jun 2021.

Beliau didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan

Dakwaan terhadap Ebit itu dilakukan susulan laporan polis yang dibuat pada 7 Ogos 2021. Utusan

Firdaus Wong dijangka hadir sebagai saksi perbicaraan kes Ebit Lew


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker