Israel tahan 39 wartawan di Tebing Barat sejak 7 Oktober

Israel tahan 39 wartawan di Tebing Barat sejak 7 Oktober

PALESTIN: The Palestinian Journalists Syndicate (PJS) memaklumkan tentera Israel menahan tiga lagi wartawan di Tebing Barat yang diduduki, sekali gus menambah jumlah wartawan yang ditahan dalam tempoh 7 hingga 24 Oktober lalu.

Tindakan itu menjadikan jumlah wartawan yang ditahan di penjara Israel kepada 39 orang, kata PJS dalam satu kenyataan.



Ketegangan memuncak di seluruh Tebing Barat sejak pertempuran antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas tercetus serta serangan mengejut merentas sempadan.

Menurut pegawai, sekurang-kurangnya 163 rakyat Palestin terbunuh dan 2,250 lagi cedera disebabkan tentera Israel di wilayah itu.

Sementara itu, tentera Israel turut menahan 65 lagi warga Palestin di Tebing Barat, menjadikan jumlah penahanan rakyat wilayah itu dalam tempoh sebulan terakhir kepada 2,215, menurut Persatuan Tahanan Palestin.

Sebelum berlakunya konflik terbaharu itu, bilangan rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel adalah sekitar 5,200, kebanyakannya ditahan tanpa pertuduhan atau perbicaraan. BH



Israel tahan 39 wartawan di Tebing Barat sejak 7 Oktober

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan



Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)



RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker