Kenyataan ‘Zahid calon PM’ tidak benar – Ahmad Maslan

Kenyataan ‘Zahid calon PM’ tidak benar – Ahmad Maslan

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menafikan mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu akan mengangkat presidennya Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon perdana menteri pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata kenyataan dikeluarkan atas namanya yang tular di media sosial itu selepas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah berkait visa luar negara (VLN), adalah palsu.

“Mudah sahaja untuk mengetahui benar atau tidak ia kenyataan daripada saya, semak semua saluran media sosial saya iaitu Twitter, Facebook, Instagram dan TikTok.

“Jika tiada ia palsu,” tulisnya di Twitter.

Dalam kenyataan media palsu yang kononnya dibuat Ahmad itu, kenyataan itu mendakwa Majlis Kerja Tertinggi Umno akan bermesyuarat pada 30 September depan untuk membincangkan cadangan mengangkat Zahid sebagai perdana menteri daripada BN pada PRU15.

Keputusan itu diambil susulan pembebasan Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah berkait VLN.

Zahid dibebaskan daripada 40 pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat untuk melanjutkan kontrak sistem visa asing. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap presiden Umno itu.

Zahid, 69, didakwa atas 33 tuduhan menerima rasuah berjumlah SGD13.56 juta (RM42 juta) daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) ketika menjadi menteri dalam negeri, untuk menyambung kontrak firma itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan sistem VLN, serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak bagi pembekalan sistem bersepadu VLN.

Dia juga didakwa atas tujuh lagi tuduhan memperoleh untuk dirinya SGD1.15 juta; RM3 juta; 15,000 franc Swiss; dan USD15,000 daripada syarikat sama berkaitan dengan tugas rasminya. FMT

Kenyataan ‘Zahid calon PM’ tidak benar – Ahmad Maslan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker